Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambil nasi. Namun, kalori dalam nasi tinggi sehingga 206kcal menyebabkan ramai berkira-kira mengambilnya. Terutama bagi mereka yang tengah atau ingin berdiet.
Buat anda yang gemar makan nasi tetapi tidak mahu ia menyebabkan berat badan kian bertambah, boleh cuba cara ini.
Memetik Times of India, the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka, cara tersebut pastinya menjadi khabar gembira buat mereka yang ingin menjaga badan dan kesihatan.
3 cara yang perlu dilakukan :-
Ads
1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih.
2. Kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.
3. Sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan.
Ads
Ekstra Info :
-Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.
-Cara ini juga membuatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60%. Oleh itu, meskipun ia diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi gendut.
Jadi, bagaimana? Bolehlah mencuba cara begini untuk menanak nasi nanti!
Sumber: Cari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam dia masih sempat melemparkan senyuman buat si anak tersayang yang datang melawatnya. Namun siapa sangka itulah senyuman terakhir yang mampu diberikan. Beberapa jam kemudian, dia dijemput pulang ke negara abadi buat selama-lamanya.
Salam takziah buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga atas kepulangan ayah tersayang kerahmatullah. Beliau sebelum itu ada memuat naik dan berkongsi satu video mengenai bapanya yang dikatakan sakit jantung tahap 3 dan juga paru-paru berair lalu dimasukkan ke hospital.
Meminta orang ramai mendoakan supaya ayahnya kembali sihat, namun ketentuan Tuhan tak siapa mampu menduga.
Tidak berapa lama kemudian, setiausaha Dato Seri Aliff memuat naik berita mengenai kembalinya ayah Pengasas produk D’Herbs kerahmatullah.
“Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsanikepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya.
Salam takziah dari pihak Majalah Keluarga buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga. Semoga roh ayah Dato Seri dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Anak-anak sukakan butterscotch, rasanya yang manis dan berlemak dicicah bersama roti memang layan. Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri admin kongsikan resipi dari Nur Aisya. Selamat mencuba.
Anak2 suka sgt butterscotch ala kampung mama ni…
Jadi sebelum puasa.. Simpan stock sikit.. Utk cicah2 dimalam hari.. Kalau beli tak puas makan.. Inti sikit sangat…
Ok share la mana tau ada yg suka jugak.. Step kat gambar Bahan-bahan Gula pasir 2 sudu besar
Susu pekat manis 2 sudu besar
Esen vanila 1 tutup
Garam secubit
Butter/majerin pelangi stgh cawan
Air tepung gandum ( 2sudu tepung gandum dibancuh dengan air biasa)
Air panas 2 cawan
Biasa semua bahan ni sedia ada kt rumah kan!
Cara membuat:
1. Masukkan gula 2 sudu besar.. Buat caramel smpi perang yer.
2. Dah jd caramel mcm ni.. Tuang air panas.. Hati2.
3. Masukkan planta… Butter ke… Ni pakai majerin pelangi.. Mmg peberet dr dlu.. Masukkan sekali esen vanila 1 tutup.
4. Masukkan secubit garam
5. Masukkan air tepung gandum… Jgn pekat.. Agak2 je.. Masukkan sikit2 yer.
6. Dah naik buih2 ni.. Dh masak la tu
7. Gamba butterscotch jd mcm ni la.. Tk pekat.. Tak cair.. Sedang2 je
8. Siap… Buruk nau roti mama ko potong.. Huhu
9. Ok boleh cicah dah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah ibu yang menghidap ketumbuhan bahagian otak mendapat simpati dari masyarakat. Kamareeah yang terlantar sejak tujuh bulan juga koma selepas melahirkan anak bongsunya.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada usahawan Datuk Zhafran Yusof yang turut ditemani isterinya, Datin Fouziah Gous untuk melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang
Menurut usahawan Datuk Zhafran Yusof, sudah lima tahun dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban berlaku terhadap Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.
Sementara itu, Fairol Haziri yang merupakan suami Kamareeah memberitahu, selepas kisah sedih itu tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” kata Fairol Haziri Rahim, 44, suami kepada Kamareeah Arwae, 36, yang melahirkan anak bongsu mereka dalam keadaan koma.
Fairol Haziri berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.