Jika ditanya pada pasangan suami isteri tentang pengurusan kewangan keluarga,  apa yang diharapkan ya?

Mungkin ada yang melihat, keluarga  perlu buat tabungan untuk dapatkan simpanan wang yang banyak. Selain itu, ia berkait juga cara bagaimana suami sebagai ketua keluarga membuat mengurus dan mengagihkan penggunaan wang pendapatan.

Atau erti kata lain, pengurusan kewangan keluarga penting untuk diurus dengan baik agar tidak berlaku ‘sengkek’ setiap bulan bagi yang makan gaji dan agar seterusnya dapat mencapai matlamat kewangan keluarga yang lebih stabil.

Namun, apa yang pasti strategi perlu dilakukan dan seorang suami ini berkongsi pandangannya berkenaan perlunya melantik isteri sebagai gabenor bank keluarga.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

LANTIK ISTERI JADI GABENOR BANK KELUARGA

IKLAN

1. Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja.

2. Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita.

Lantik  Isteri Jadi Gabenor Bank Keluarga, Ni Antara Perlu Buat & Tugasnya!
Gambar hiasan

3. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga, tugas gabenor baru;

+ Tahu gaji suami berapa
+ Sediakan perancangan kewangan keluarga
+ Catat segala belanja
+ Usaha kurangkan belanja tidak perlu.
+ Sediakan panduan perbelanjaan keluarga
+Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga
+ Sediakan hukuman jika langgar panduan perbelanjaan keluarga.
+Rancang, bila nak ada rumah pertama

IKLAN
Lantik  Isteri Jadi Gabenor Bank Keluarga, Ni Antara Perlu Buat & Tugasnya!
Gambar hiasan

4. Langkah pertama tunjuk slip gaji pada isteri dan biarkan mereka merancang kewangan keluarga.

5. Kita ternyata gagal. Buku Penyata Perancangan Wang Keluarga (BPPKK) oleh Bank Negara hanya seringgit cuma jika beli di BNM.

Isi bersama sambil tonton Maharaja Lawak Mega atau Berita TV3.

IKLAN

6. Sudah masanya kita tukar jurulatih yang lain jika pasukan kita tak pernah menang liga, asik jaring gol sendiri aja.

Lantik  Isteri Jadi Gabenor Bank Keluarga, Ni Antara Perlu Buat & Tugasnya!
Gambar hiasan

Isteri mesti teruja jika kita lantik mereka jaga belanja keluarga bersama. Tetapi pastikan isteri kita bukan ‘kaki Lazida dan Shopie sepanjang masa. Gelap masa depan keluarga kita’

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Artikel menarik berkaitan : Ibu anak 9 ni walau sibuk urus keluarga masih boleh buat duit dari rumah. Memang superb, boleh contohi. 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI