Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley

Kita dah dibiasakan dengan kata-kata lauk di hospital boring dan tak sedap. Hingga ada yang sanggup membeli makanan di luar secara ‘senyap-senyap’.

Walaupun cara itu tidak digalakkan kerana makanan yang dibeli diluar kadang kala tidak selamat untuk dijamah oleh pesakit.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ini kerana menu di hospital buat pesakit sudah tentunya penyediaannya dikawal selia  oleh pihak yang pakar dalam pemakanan.

Ini kerana dalam tempoh rawatan di wad bukan sebarangan makanan yang boleh dimakan oleh pesakit terutama bagi yang pesakit kecing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Cakna untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada pesakit, hospital dibawah naungan IHH Healthcare Group termasuk Pantai Hospitals, Gleneagles Hospital dan Prince Court Medical Center menyediakan hidangan yang lazat ala hotel serta cantik dipandang mata kepada pesakitnya.

Sehubungan itu, telah kolobrasi bersama  chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dengan menyediakan makanan yang sedap tetapi sihat dan segar supaya dapat memberikan lebih keselasaan buat pesakit.

Pelancaran ‘Delight in Every Bite’ di Hospital Pantai, Kuala Lumpur, ini dikongsikan menerusi hantaran di Intagram miliknya.

Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley

IKLAN

“Dengan berbesar hati, saya ingin umumkan kerjasama dengan semua hospital dibawah naungan IHH Healthcare Group termasuk Pantai Hospitals, Gleneagles Hospital dan Prince Court Medical Center.”

“Ia sudah lebih setahun dalam pembikinan dan saya amat berbangga kerana ia telah membuahkan hasil hari ini.”

“Saya anak Negeri Sembilan yang hidupnya berubah di luar jangkaan apabila saya menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia 10 tahun lalu.

“Adalah menjadi impian saya untuk menjadi pembawa obor perubahan, untuk membawa makanan Negeri dan tempatan ke dalam bilik dan wad hospital tempatan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan IHH dan cef mereka yang hebat dan berkebolehan.”

“Kebanyakan daripada kita yang membesar di Malaysia ini mempunyai pemikiran dan pandangan khusus tentang rupa makanan hospital, walaupun sekiranya kita tidak pernah dimasukkan ke hospital.

“Kami tahu dengan tepat apa yang dijangkakan. Tetapi hospital-hospital di bawah kumpulan IHH adalah berbeza dan telah berani serta mengalu-alukan idea-idea baharu mengenai makanan pesakit, justeru kerjasama kami adalah langkah semula jadi yang seterusnya untuk diterokai.”

HIDANGAN MAKANAN BUKAN SAHAJA BERKHASIAT DAN UNTUK PENYEMBUHAN TETAPI CANTIK DI PANDANG MATA

IKLAN

Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley

“Makanan kesihatan tidak lagi terhad kepada sup dan bubur. Kami memperkenalkan hidangan yang bukan sahaja baik untuk khasiat dan penyembuhan, tetapi juga cantik pada mata, senang di hidung dan mengujakan untuk hati dan minda.”

“Terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menyokong semua penerokaan masakan saya sejak hari pertama.”

“Menu saya sedia ada di semua hospital mulai hari ini. “Bon apetit, Bismillah”

 

Meninjau di ruangan komen rata-rata memuji usaha yang dilakukan Fazley. Siapa sangka makanan begini telah menjadi hidangan di hospital.
Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley
Sumber: fazleyyaakob

 

 

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Lauk Hospital Dah Tak Boring! Pesakit Di Tiga Hospital Ini Dapat Jamah Menu Dato’ Fazley

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI