Ramai yang suka bunga ros hinggakan sanggup beli di kedai bunga walaupun mahal untuk diletakkan atas meja. Jika pergi cameron highlands tu sudah tentu wajib beli bunga ni.

Buat mereka yang suka bunga ros tapi tak tak tahu cara nak tanam pokok ini, boleh ikuti perkongsian puan Roshazareeza Ruslan ini yang berkongsi cara menanam, penjagaan dan penyakit yang menyerang pokok bunga ros.

Jika sebelum ini asyik beli je, tanam sendiri pula pokok ini, hari-hari boleh tengok pokok ini dengan haruman yang segar. Berminat nak tanam, cuba ikuti perkongsian ini.

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

Di sini Cik Rose selitkan cara menanam bunga Ros. Amat berguna bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bunga Ros. Ada caranya. Orang kata, bunga Ros ni manja dia lain sikit. Perlu perhatian lebih. iyeke? Kenalah cuba tanam, nanti korang tahu.

Cik Rose rasa mula-mula je macam kita kena beri perhatian yang lebih berbanding bunga lain. Tapi, bila dia dah mula berbunga, emmm tengoklah. Memang happy tahap maksimum bila dia dah start berbunga!

Eh selingan gambar lagi, nak tunjuk bunga Ros yang mula banyak berputik bunganya. Tengoklah ni :

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

Antara tips-tips untuk menanam Bunga Ros adalah :

1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos ( yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar) , air, matahari dan sumber nutrien baja. Campuran tanah kena betul. Jangan letak satu jenis tanah je.  Cik Rose tak ada sukatan terperinci, Cik Rose letak ikut agak-agak ja. Iya, betul. Masa alih anak pokok ke pasu lebih besar, kena pastikan tanah kita tu betul campurannya. Jangan main salin pasu je tau. 

2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Ini sangat betul.

Masa Cik Rose beli anak pokok tu, penjual tu ada beritahu. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga. Nanti bunga rosak. Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai.

Macam Cik Rose, akan siram setiap pagi sebelum pergi kerja dan lagi sekali pada waktu petang, lepas balik kerja. Untuk siraman pada waktu petang, Cik Rose tak siram dengan jumlah air yang banyak. Cukup sekadar membasahkan tanah, bergantung pada keadaan cuaca juga.

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Cik Rose beli tiga jenis baja dah setakat ni. Hihi. Tak adalah letak semua sekali. Semuanya secara berkala. Cik Rose try and error je kalau bab-bab baja ni.

Ada yang kata, guna air basuhan beras dan  ikan  diletakkan bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

Tips ni Cik Rose baru tahu. InsyaAllah, akan cuba nanti. Ada yang pernah cuba tak? Boleh kongsikan hasilnya dengan Cik Rose?

4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. Oh ini belum pernah cuba lagi.

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

5) Pokok bunga  ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga. Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak. Jangan dibiarkan je lepas bunga-bunga tu layu. Korang kena cantas tau. Nanti lagi banyak bunga yang akan tumbuh.

IKLAN

6) Jika korang nampak daun menjadi kuning dan akhirnya gugur, ini kerana kekurangan air. Air yang berkurangan membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini. Ini terjadi pada pokok bunga ros kuning Cik Rose. Sedihnya!

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

Di bawah ni gambar masa baru alihkan ke pasu. Elok je dia. Tapi, lepas beberapa hari daunnya berubah kekuningan. Aduhai di mana silapnya. Sebab tu Cik Rose dapatkan banyak maklumat mengenai penjagaan pokok bunga ros.

Penyakit yang selalu menyerang  pokok bunga ros ialah:

1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   ‘terbakar’ seterusnya perlahan-lahan mati.

Kawalan  penyakit – Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.

Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu,  di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros .

IKLAN
  1. Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.

Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.

Moga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang juga mempunyai minat yang sama dengan Cik Rose. Seronok sebenarnya tanam bunga ni. Terapi minda dan mata. Sejuk mata memandang.

Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. 

Cuma kita perlu rajinlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Dan juga jangan abaikan pokok-pokok kita walau sehari. Kesian dia nanti merajuk tak nak berbunga. hihi.

Petua orang tua-tua, selalulah bercakap-cakap dengan pokok bunga kita. Nanti pokok bunga tu bertambah subur dan mengeluarkan bunga yang lebat! Cubalah. Cik Rose memang selalu je berbual dengan pokok-pokok bunga Cik Rose ni ha. Hihi. Macam faham je bunga ros Cik Rose. Hikhik.

Selamat menanam bunga! 

Sumber: inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI