​​​​Kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dibekukan cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.

Berbanding menjadi kelaziman kita ibu-ibu ini asal ada lebihan makanan, semuanya terus dimasukkan ke dalam peti ais. Maklumlah sayang hendak dibuang, lagi-lagi jika banyak kuantitinya.

Pun begitu, sebenarnya kaedah itu tidak praktikal untuk ibu-ibu lakukan agar lebihan makanan tersebut dapat kekal elok dan selamat untuk tempoh yang lebih panjang hingga berbulan-bulan lamanya.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk panduan bersama.

Tabiat kita bila makanan tak habis, kita selalu simpan dalam peti ais untuk dimakan kemudian hari. Tapi selalunya tidak tahan lama. Esok lusa dah basi.

Tahukah anda, makanan-makanan ini boleh disejukbekukan supaya ianya tahan lebih lama?

IKLAN

Berikut adalah makanan dan jangka hayat jika ianya disejukbekukan.

Share dan simpan infografik ini agar boleh jadi rujukan bila nak simpan makanan nanti.

Lebihan Makanan Jika  Disimpan Cara Betul, Boleh Tahan  Berbulan-bulan. Ni Perkongsiannya!

​​​​Apa yang pasti, melalui kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dimasukkan ke dalam bekas berpenutup dan kemudian dibekukan sebagaimana saranan Publick Health Malaysia ini cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.

IKLAN

Lebihan Makanan Jika  Disimpan Cara Betul, Boleh Tahan  Berbulan-bulan. Ni Perkongsiannya!

Contohnya, marjerin/mentega yang sering kita gunakan untuk menyediakan hidangan kek atau biskut. Sekiranya masih berbaki eloklah disimpan di ruangan sejuk beku untuk tujuan simpanan lebih lama.

Jangan tak tahu, lebihan marjerin tersebut bila disimpan dengan cara ini boleh bertahan dan kekal elok selama hingga 9 bulan lamanya.

Lebihan Makanan Jika  Disimpan Cara Betul, Boleh Tahan  Berbulan-bulan. Ni Perkongsiannya!

IKLAN

Manakala dengan menyimpan cara bekukan pizza, ia akan kekal selamat untuk dimakan sehingga 1 bulan lamanya.

Begitu juga dengan beberapa jenis makanan lain yang ada di dalam infografik yang dikongsikan itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

p/s:
Pastikan ianya dibalut dengan ketat atau disimpan dalam bekas sebelum disejukbekukan

 

sumber : Public Health Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI