Lelaki Ini Kongsi Cara Raikan Anak-Anaknya Yang Sedih Tak Dapat Naik Pentas. Memang Rare!

Share

Sejak dahulu lagi, setiap kali tiba hujung tahun, pasti pihak sekolah akan mengadakan majlis anugerah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang.

Namun, bagi yang kurang berjaya, mungkin ini menyebabkan mereka bersedih kerana tidak mendapat hadiah seperti rakan yang berjaya.

Demikian yang berlaku pada anak-anak Mohd Hariri Mohamad Daud .Idea tersebut timbul bila mana anak-anaknya sedih tidak dapat naik pentas menerima hadiah untuk tahun ini.

Mungkin ibu bapa yang lain boleh mengikut tip yang dikongsikan ini. Simple tapi bermanfaat untuk membeli hati anak-anak kan.


MAJLIS KECEMERLANGAN SEKOLAH DI RUMAH. “Dipersilakan Fathi Hijazi dan Syifa’ untuk menerima hadiah kecemerlangan sekolah, Majlis mempersilakan”. 

Anak anak sedih sebab tak dapat naik pentas tahun ini. Fathi dapat no 4 dan Syifa no 15. Saya ambil inisiatif buat Majlis Penyampaian Hadiah di rumah secara sendiri ?.

Saya jadi Emcee dan saya juga yang rasmikan Majlis ini tadi sambil menyampaikan ucapan agar semua dapat pertingkatkan prestasi pada tahun hadapan.

Majlis berakhir dengan jamuan makan mee goreng telur mata. ?

IKLAN