“Jangankan Nak Bagi Ciuman Terakhir, Nak Tengok Pun Tak Boleh.” Lelaki Ini kongsi Pengurusan Jenazah Covid-19. Sebaknya!

Share

Sehingga artikel ini ditulis, sudah ada dua kes kematian direkodkan di negara ini.

Dalam pada itu, timbul persoalan mengenai pengurusan jenazah bagi mereka yang disahkan Positif Covid-19.

Dalam laporan Sibar Harian, jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini pada kira-kira jam 9 malam tadi.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, tiba dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 8.16 malam.

Pada 8.45 malam, kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.

Tidak seorang pun dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian termasuk pihak media.

Malah, ketika pesakit disahkan positif, mereka di kuarantin dan ahli keluarga serta orang terdekat dilarang untuk berada berdekatan.

Apa yang menyedihkan lagi,  apabila berlaku kematian akibat Coronavirus, bukan kata anak dan isteri tak dapat bagi ciuman terakhir je, malah untuk melihat buat kali terakhir pun tidak dibenarkan. Malah, isteri dan anak-anak arwah dikatakan sedang dikuarantin kini.

Pihak berwajib akan uruskan macam jenazah pesakit Ebola. lelaki ni Kongsikan perkara tersebut di twitter miliknya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut menerangkan cara pengurusan jenazah orang Islam dan bukan Islam.

 

 

Sumber: Sinar Harian & Twitter

IKLAN