Lelaki Ni Kongsi Cara Tanam Sayur Guna Bekas Air Mineral. Nak Elak Serangga Perosak Ikut Cara Ini!

Share

Waktu terluang PKPB ni sebenarnya banyak benda kita boleh buat. Salah satunya adalah dengan bercucuk tanam. Selain mengisi masa lapang, dapat juga kita makan sayuran fresh.

Dah boleh jimat belanja dapur kan. Soal tanah terhad tak menjadi masalah, guna kaedah anaman hidroponik. Sesuai bagi mereka yang gemar bercucuk tanam tapi tak punya tanah yang luas.

Jimat wang, masa dan tenaga dengan kaedah ini. Tapi bagaimana caranya? Meh admin kongsikan kaedah yang diusahakan oleh saudara Hafizuddin Wahab‎.

Cukup mudah hanya dengan menggunakan bekas botol mineral yang bersaiz 1.5 liter. Yang penting sayur yang diperoleh nanti segar dan bebas bahan kimia.

Menerusi page Berkebun Di Rumah dia berkongsi kaedah hidropnik dalam menanam sayur di rumah. Sesuai bagi anda yang memiliki ruang yang terhad. Selamat mencuba!


Di sini sy share cara sy buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.

Utk media tanaman tu sy gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dpt menyerap air dgn baik.

Sy mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…alhamdulillah bebas drp serangga spt belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu.

Semoga bermanfaat sama² kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yg sihat dari rumah 🙂

Bahan-bahan

Botol air mineral

Kain Flanel

Spray Tin warna Hitam

Biji benih

Cara membuat: 

  1. Botol mineral 1.5 liter belah kpd 2 bahagian. Pastikan bahagian bwh utk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas spt gambar di atas utk akarnya keluar.

2. Ini bahagian utk takung air baja. Sy cat hitam utk mengelak pertumbuhan lumut.

3. Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Sy guna kain flanel sbg sumbu.

4. Cara nak buat lubang pada takung air baja. Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol spt gambar di atas.

5. Dah siap

Tengok banyak akarnya keluar.


Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!

Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN