Lembut Dan Sedap, Kuih Kaswi Guna Sukatan Cawan Memang Superb!

Share

Kuih Kaswi memang legend. Rasanya memang sedap. Antara kuih tradisional yang popular. Biasa dimakan sewaktu sarapan atau petang bersama minuman kopi panas.

Selain beli, kuih ini boleh dibuat di rumah. Resipi penyediaannya memang mudah. Salah satu resipinya adalah oleh Ija Honey.

Ikuti perkongsiannya.

Kuih kasui goyang utk majlis tahlil arwah ibu ku.. kuih kasui kegemaran family ku

SUKATAN CAWAN, MUDAHNYA

Resepinya
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan

CARANYA
Masukkn semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur mkn.

Gauk sampai sebati dan gula larut.. tapis kn adunan kedlm mangkuk lain.. campurkn kapur mkn dengan 3 sudu mkn air.

Masukan kedlm adunan yg telah di tapis tadi. Aduk hingga kapur sebati. Sapu acuan dengan minyak masak..tuangkn adunan kedlm loyang tadi.

kukus selama 30 minit.. pastikn air kukusan mendidih baru kukus..balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik keatas kuih.

Rujukan gambar.

SELAMAT MENCUBA

IKLAN