“Lembut Je Bercakap Anak Bujang” – Dato AC Mizal & Isteri Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak

Share

Kemunculan anak-anak datang kehidupan suami isteri bukan sahaja pengikat kasih ibu ayah, malah mereka jugalah yang menjadikan orang tua menjadi lebih bertanggungjawab dan mengenali erti kehidupan berkeluarga.

Malah, ibu bapa juga tidak pernah berkira untuk anak-anak dan sentiasa menyayangi kesemua mereka sepenuh hati serta sanggup melakukan apa sahaja demi darah daging mereka sendiri.

Termasuklah pengacara terkenal, Dato AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida yang tidak berkira dan sanggup berhabis demi anakanda tercinta dengan membuat kejutan istimewa menghadiahkan sebuah kereta mewah pada hari jadinya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram dan TikTok miliknya, Datin Emylia Rosnaida memuat naik rakaman yang memaparkan reaksi teruja anaknya yang baru mencecah 18 tahun, Muhammad Reeve Damien atau lebih dikenali sebagai Damien tatkala mendapat kejutan istimewa tersebut.

Di hujung rakaman itu, Datin Emylia berharap puteranya itu semakin belajar bersungguh-sungguh setelah menerima hadiah berkenaan.

Selain memberi ucapan tahniah, para peminat serta rakan selebriti menyifatkan remaja itu sangat beruntung kerana dapat memiliki sebuah kereta mewah pada usia yang sangat muda.

Mereka turut percaya ia dilakukan bukan semata-mata demi manjakan anak, sebaliknya Datuk AC tidak mahu anak-anak merasa kesusahan yang pernah dialaminya dulu.

Sumber : emyliadac

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

 

IKLAN