Lepas Kena Perli Hal Rumput Di Laman Rumah, Adira Terus Mesin. Undang Lucu Di Hati Netizen!

Share

Semua orang akan ada sisi lucunya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyanyi, Adira Suhaimi apabila baru-baru ini berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya dan warganet.

Ini ekoran sebuah video yang memaparkan Adira sedang berkelah bersama anak-anaknya di luar rumahnya namun rata-rata netizen mengkritik persekitaran halaman rumahnya yang ditumbuhi dengan rumput yang meninggi sekaligus nampak begitu semak samun.

Susulan itu, tidak sampai tiga hari pelantun lagu terkenal Illusi memuat naik video terkini menunjukkan halaman rumahnya kini telahpun bersih dan tidak lagi semak dengan rumput.

 

 

@adira.suhaimi Replying to @MR KONGGAS ♬ nhạc nền – huanghoa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Adira yang dikatakan sangat masuk air.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang bertanya sama ada Adira telah menukar kerjaya daripada penyanyi menjadi seorang pelawak.

“Dalam masa dua hari setel hahaha. Sabar jela, rumput rumah orang pun dok jaga..” kata seorang netizen.

“Menganjing betul, boleh tahan masuk air juga ek,” tulis netizen lain.

“Ulang-ulang aku tengok perangai Adira ni. Hamek kau dia dah mesin siap menari lagi,” tambah netizen lain.

 

Sumber : adira.suhaimi

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN