Lipat Baju Guna Teknik ‘Tuck In’, Bukan Je Kemas Tapi Mudahkan Anak Pilih Baju!

Share

Melipat baju untuk nampak lagi kemas dan mudah adalah dengan buat teknik ‘tuck in’. Nak tahu bagaimana pula caranya, jom semak perkongsian daripada puan Azue ini yang berkongsi step by step di akaun fbnya.

Jom semak.


L I P A T B A J U C A R A “T U C K I N”

Kakak kalau lipat baju bebudak ni, memang dah letak sesiap sepasang — Baju + seluar. Senang nak cari, baik tuan punya baju mahupun ayah pada tuan baju.

Tapi, kekadang mereka ni masih tak jumpa mana pasangan baju dan seluar. Sama jugak bila balik kampung, kakak dah letak sesiap baju dengan pasangan dia tapi masih berkubang beg itu.

Kakak pernah nampak kat mana ntah ada orang share cara lipat baju cara tuck in. So mari kita cuba pulak.

Apa yang korang perlukan hanya lah ⤵️
— Baju yang tak berlipat  (cari satu baju dengan seluar nya)

Step 1 : Terbalikkan baju.

Step 2 : Letakkan seluar di tengah-tengah baju.

Step 3 : Lipat hiking seluar biar sama dengan baju.

Step 4 : Lipat baju sebelah kiri

Step 5 : Dan juga sebelah kanan. Lengan  biarkan macam dalam gambar. Make sure tidak terlebih daripada lipatan baju.

Step 6 : Lipat baju 1/3 macam dalam gambar.

Step 7 :  Contoh lipatan lengan yang dah dijadikan poket untuk tuck in nanti.

Step 8 : Masukkan hujung baju dipoket belakang (refer gambar sebelum) dan siap!

Selamat mencuba korang

Sumber : Azue Abu Bakar 

IKLAN