Tengok buah mangga dari luaran nampak cantik je, terus rasa terliur nak makan! Tapi bila kupas… Alamak, ada ulat! Terus spoil nak makan. Kan? Tahu tak, sebenarnya punca buah mangga jadi begitu adalah disebabkan serangan lalat buah. Jadi, nak bendung dari terjadi kena lah buat sesuatu!

 

Perangkap lalat buah

Antara yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan lalat ini adalah dengan membuat perangkap lalat buah menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol.

la adalah sejenis hormon untuk memikat lalat buah supaya masuk dalam perangkap yang boleh dibuat dari botol air mineral

Lalat buah akan masuk ke dalam perangkap dan tidak menyerang buah. Petrogenol boleh dibeli di kedai menjual racun serangga.

Untuk membuat perangkap ini, alat yang diperlukan adalah botol air mineral, stapler, playar, pisau, batang besi dan kapas. Cara membuatnya adalah seperti berikut :-

1. Potong 2 botol air mineral.

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

IKLAN

2. Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan ia ditengah-tengah.

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

3. Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat ini.

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

IKLAN

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

4. Petrogenol atau Methyl Eugenol disapu pada kapas dimasukkan ke dalam botol air yang dibuat lubang di sekelilingnya.

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

Bergantung kepada angin dan keadaan sekeliling pokok, lalat buah jantan akan menghidu bau hormon tersebut seterusnya masuk ke dalam botol.

Bila masuk ia sukar untuk keluar dan seterusnya mati kerana bau yang sangat kuat dalam botol plastik. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu disapu semula.

IKLAN

Luar Elok Cantik, Dalam Busuklah Pula! Ikut Cara Ni Nak Elak Buah Mangga Berulat

Selain itu, ada lagi beberapa petua yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk mengelakkan buah mangga berulat. Antaranya :-

1. Letak beberapa biji panadol dalam kulit pokok mangga ataupun tanam Panadol pada pangkal pokok buah mangga. Lakukan ketika pokok sedang berbunga.

2. Bakar daun-daun yang luruh dan ranting di bawah pokok. Biarkan dahan pokok terkena asap tapi pastikan api jangan terlalu marak.

3. Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk dibawah pokok supaya tidak menjangkiti buah yang elok.

4. Tabur garam anggaran sekaki dari pokok mangga.

Sumber: Samsoe Adhi

https://www.youtube.com/watch?v=MdGai8Xtf3A

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI