Luluh Hati Ibu, Tangan Anak Patah Di Sekolah

Share

Alangkah sedihnya seorang ibu apabila mendapatinya anaknya cedera ketika berada di  sekolah. Pergi sekolah dalam keadaan sihat, apabila pulang dalam keadaan sebaliknya.

Berita mengejutkan itu tular menerusi perkongsian di Tiktok pemilik akaun nirwanaabdmuni yang berkongsi video memaparkan seorang murid sedang menangis dengan tangan berbalut dalam pakaian sekolah,

Artikel Berkaitan: Begini Cara Nak Didik Anak Solat, Ibu Ini Guna Gambar Dengan Batang Mancis. Sungguh Inspirasi!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah, Puan Nirwana bergegas ke sekolah.

Alangkah terkejutnya apabila sampai di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya sudah bengkok.

Bercerita mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.

Pada waktu itu juga, ada seorang budak telah menolak anaknya dari arah belakang sekali gus mengakibatkan kecederaan tersebut.

Kawan Tolak Masa Balik Sekolah, Tangan Anak Patah

Merujuk kepada video yang dikongsi kelihatan murid ini menahan kesakita yang ditanggungnya.

Siapa sangka, kejadian tidak diingini ini berlaku ketika kanak-kanak sedang gembira untuk dari sekolah. Semoga adik ini diberi kekuatan dan kesembuhan segera.

 

LIHAT VIDEO 

@nirwanaabdmunir♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

 

@nirwanaabdmunir Replying to @damia1277 ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
@nirwanaabdmunir Replying to @billybillyaya ♬ original sound – nirwanaabdmunir

Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan bersimpati atas kejadian yang menimpa murid itu.

Sumber: Nirwana

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN