“Maafkan Suami & Tak Simpan Dendam. Tak Mahu Rezeki Tersekat.” Wawa Zainal Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

Share

Dalam kehidupan berumah tangga tak lepas dari berlakunya perselisihan faham, namun bagaimana cara untuk pasangan itu mengatasi masalah tersebut.

Ibarat kata pepatah tarik rambut di dalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berselerak. Demikian juga pasangan suami isteri berbincang supaya sama-sama mendapat jalan penyelesaian.

Wawa Zainal dan Aeril Zafril, pasangan muda yang cukup terkenal dan sering menjadi contoh buat pasangan muda lain. Bukan hanya berkahwin dalam usia muda, bahkan pasangan ini sama-sama berusaha dalam bidang bisnes serta membesarkan tiga cahaya mata dengan baik.

Wawa berkongsi satu video tip bagaimana untuk mengatasi isu pasangan sukar untuk mengungkapkan kata maaf.

siapa sejenis pasangan dia susah nak minta maaf? amalkan ni k.

Itu kapsyen yang dimuat naik Wawa Zainal menerusi laman instagramnya.

 

Dalam video tersebut, wawa berkata jika berlaku salah faham antara dia dan suami, walau bagaimana sekali pun salah suami, dia tetap akan memaafkan dan tidak menyimpan di dalam hati.

“Saya percaya kepada rezeki. Jika kita sentiasa memaafkan pasti rezeki akan melimpah ruah dan dipermudahkan buat kami.

“Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia akan memberi impak yang besar,” ujar Wawa lagi.

Menerusi komen yang diterima, rata-rata bersetuju dengan apa yang Wawa kongsikan.

thekakyong Betul, boss wawa dengan aeril pernah pesan supaya cuba jangan bergaduh sesama suami isteri selama setahun. Mesti rezeki tu dtg berlipat kali ganda. ❤️❤️ saya follow hampir 3 tahun Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus!! Thankyou boss nasihatkan kami 😢😢
fezolznina Ingat lagi masa seminar, lady boss (wawa) pesan, jgn masam2 muka dgn suami. Kalau gaduh cpt mtk maaf. N kena ikhlas maafkan. Mcm tu jugak suami. Sbb utk kelancaran rezeki, dipermudahkan rezeki, rumahtangga dan pasangan tu kena sentiasa berkasih syg.. sampai sekarang melekat dalam hati dan minda pesanan tu 🤍 dan btul alhamdulillah.. mmg terbukti ☺️
einasakinah Thankyou wawa for your tips n advice❤️
hhisham_kakarot7 @hhiiddaauuuuuu inspirasi untuk kita,tq berkongsi tips dan kebahagiaan rumah tangga ni @
Sumber: w4w4_zainal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN