Pasti antara kita biasa dengar orang bercakap tentang istilah “Life Begins at 40” yang umumnya mengecap kestabilan hidup. Bahkan ramai juga akui pada usia tersebut adalah seseorang akan mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang dilakukannya.
Pernah mendengar istilah “Life Begins at 40”?
Pun begitu, disebalik umur yang meningkat, perlu sedar juga itu bermakna secara beransur-ansur kita akan mula mengalami banyak perubahan fizikal, mental, fisiologi, dan sosial.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop yang merasakan semakin berusia membuatkan seakan badannya terasa berbeza daripada sebelum mencapai usia 40 tahun. Menangani masalah tersebut, turut dikongsikan beberapa perkara yang perlu dikurangkan olehnya.
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat untuk semua.
Hari tu ada borak dengan suami. Saya kata kenapa semenjak masuk 40 ni, badan saya ni macam auto habis bateri.
Kawan-kawan yang nak masuk 40 pun mula kata benda yang sama. Cepat rasa penat. Kadang pula sensitif ya amat.
Ads
Memang begitu agaknya. Orang kata krisis pertengahan usia. Pemula pada usia yang nak masuk matang dan empuk macam orang selalu cerita. Untuk kekal matang dan empuk tu banyak benda kita kena KURANGKAN pada pandangan saya.
Kurangkan makan.
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
Kurangkan berkawan.
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
Kurangkan membeli.
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
Ads
Kurangkan bercakap.
Benda ni senang saja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
Kurangkan komplen.
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
Ads
Kurangkan kerja.
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
Kurangkan anxiety.
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.
Bagi yang seangkatan dengan usianya, pasti kenal dengan figura seni bernama Najwa Latif.
Satu ketika dahulu, dia cukup dikenali dikalangan anak-anak muda. Siapa sangka, anak gadis yang sekadar menyanyi dalam kereta, namun berjaya mencipta nama sehingga menapak ke pentas besar Anugerah Juara Lagu (AJL).
Namun sudah lama tidak melihat kelibat Najwa Latif di media massa usai melanjutkan pengajian.
Hampir 11 tahun bergelar sebagai anak seni, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, sememangnya layak dijadikan contoh terbaik kepada ramai.
Dia bukan hanya memiliki bakat dalam bidang muzik, bahkan cukup berjaya dalam bidang akademik.
Baru-baru ini suaranya kembali mewarnai dunia seni apabila dijemput sebagai tetamu menerusi stesen radio Suria Malaysia, untuk segmen ‘Carta SURIA Top 40 bersama Bintang ‘ yang dikendali oleh penyampai radio Fizi Ali dan Suraya Borhan.
Rupanya Najwa kini sudah bergelar pensyarah di salah sebuah universiti. Kehadiranya di Suria.fm dikongsikan menerusi laman instagram. Tetap tampil malu- malu dan bersopan seperti dahulu.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu mereka setelah melihat Najwa dalam video tersebut.
Seorang gadis cilik kelahiran Malaysia, Emma Lou telah menempa nama di persada antarabangsa apabila lukisannya dipilih untuk menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Emma Lou yang baru berusia 10 tahun itu telah mereka bentuk maskot yang digelar Perry the Bull dalam sebuah pertandingan kebangsaan pada musim panas 2020.
Gadis cilik itu, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan malah lukisannya terpilih untuk diinspirasikan menjadi maskot rasmi Temasya Komanwel Birmingham yang akan dianjurkan pada 28 Julai ini.
Pencapaian gadis cilik kelahiran tanah air itu turut dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi milik Olympic Malaysia.
Selamat Pagi Malaysia! 🌅🇲🇾💂
Tahukah anda? Lukisan kanak-kanak kelahiran Malaysia 🇲🇾🇬🇧 yang menetap di Britain 🇬🇧 dipilih menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.#MalaysiaBoleh 🇲🇾#B2022pic.twitter.com/fjAeVgm4nm
Salah satu alatan yang wajib ada di dapur adalah pengisar/ blender dan tidak dinafikan barangan ini kerap digunakan bukan sahaja untuk mengisar cili dan bawang, malah ada juga yang menggunakan untuk membancuh adunan kek, mengisar kelapa parut untuk dapatkan santan yang lebih pekat dan pelbagai lagi dengan menggunakan pengisar ini.
Apa yang pasti, begitu banyak ‘khidmat’ yang dilakukan oleh mesin pengisar ini untuk kita dapat menyediakan bahan-bahan masakan dengan lebih mudah dan cepat.
Pun begitu, andai tiba-tiba mesin pengisar ini bila ditekan suiz tidak pula boleh berfungsi, memang pening kepala juga dibuatnya. Kalau boleh masa-masa itu juga hendak dibeli baharu.
Namun tahukah anda daripada menggantikan mesin pengisar tersebut dengan yang baharu dan membuang blender lama serta-merta, lebih baik anda lakukan DIY mudah ini untuk membaiki mesin pengisar anda.
Ini kerana menurut perkongsian Fb Khairul Amri Cikgu Canopy, mesin pengisar yang dianggap rosak itu sebenarnya masih elok jika dibaiki pada bahagian safety lock yang biasanya ada pada mesin pengisar pelbagai jenama.
Ada fungsi penting safety lock tu.bila dah buang kena beringat la. Hati hati .. Pagi ni tetiba rajin nak repair2 sikit. Ambik blender yang orang dah buang luar rumah sebab rosak katanya.
Blender jenis lama yang ada safety lock penyakit dia hampir sama. Tak kira jenama terkenal atau cap ayam. Jika tak boleh on, jangan buang.
Cuba check dulu safety lock dia. Setakat ni dah 3 blender Sharp, Panasonic dan Pensonic saya berfungsi dengan baik bila kita repair safety lock dia. Blender model lama..Blender moden dah lain kot..
Cara Membaiki Mesin Pengisar Pada Bahagian Safety Lock
Caranya mudah sahaja, buka terlebih skrew yang ada pada bahagian mesin pengisar, kemudian ikat menggunakan gelang getah bahagian safety lock tersebut seperti di dalam gambar di bawah.
Kemudian pasang semula pada kedudukannya dan mesin pengisar sudah boleh berfingsi semula.
Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.
** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.