“Macam Beli Rumah Lain Terus”. Adik Beradik Kembar Kumpul Duit Cantikkan Rumah Mak Abah

Share

Setiap anak-anak mesti ada niat dan usaha untuk membalas jasa dan menggembirakan hati ibu bapanya kan?

Walaupun berbakti pada orang tua dituntut dalam Islam, tapi anak-anak lebih merasa terhutang budi dengan pengorbanan ibu bapa sepanjang membesarkan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Hazrin Zairi bersama kembarnya mencantikkan rumah mak dan ayah yang dibeli 20 tahun yang lalu. Hebat betul transformasi hiasan rumah tu, sungguh terinspirasi. Jom ikuti perkongsiannya.

AKHIRNYA SIAP RUMAH MAK ABAH

Assalamualaykum, salam jumaat dan hari yang penuh berkat. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana niat yang saya dan Azrel pasang untuk tempoh 1-2 tahun, akhirnya menjadi kenyataan.

Niat kami hanya untuk mencantikkan rumah mak & abah yang dibeli pada lebih kurang 20 tahun yang lepas.

Terbiar & Tiada Yang Duduk, Nampak ‘Menyeramkan’

Rumah apartment yang ditinggalkan kerana jauh dengan kediaman sekarang dan terbiar tiada siapa yang duduk, kini Alhamdulillah, sedap sikit mata memandang.

Semuanya untuk gembirakan mak & abah.

P/s : Biasalah, bila rumah terbiar lama, ada lah tu yang ‘singgah letak barang’ dan menjadi port budak bermain. Agak kotor sikit.

“Macam Beli Rumah Lain Terus”, Lantik Designer Untuk Ubahsuai

Di sini ingin saya berterima kasih kepada ahli keluarga, kerana terus mendoakan adik & abang. Rakan rakan, Faizal , Shah , Asyraf, Hanisah & Zura kerana berkongsi idea konsep rumah ini dan sentiasa sabar menanti sehingga siap.

Terlebih dihargai kepada Mu’az Hamzah , Ifa Zarifah & Wealth Empire Deco yang sudi sama sama mengubah daripada yang asal kepada yang lebih menarik seperti sekarang. Sesiapa nak guna khidmat mereka, sangat sangat saya alukan. Boleh dipercayai servis hebat mereka. 😊

 

Sumber : Hazrin Zairi

IKLAN