Macam Chef Betul! Padu Betul Resipi Daging Buncis Angah Raja Lawak Ni. Sesuai Untuk Berbuka

Share

Sebelum ini, wanita sememangnya sering dikaitkan dan dikenali dengan skil memasak lebih-lebih lagi kepada para suri rumah sepenuh masa. Tapi, zaman kini dah berubah kerana kaum lelaki pun tak ketinggalan juga dalam menceburi bidang memasak ni.

Begitu juga dengan Angah Raja Lawak yang turut terkenal dengan skil memasaknya yang hebat seperti chef. Resipi daging buncis yang dikongsikan olehnya ini ternyata membuatkan ramai terliur. Mana taknya, menu ini boleh dihidangkan sebagai lauk berbuka puasa. Makin bertambahlah selera kalau makan.

Daging Buncis

Bahan-bahan:

  1. Daging lembu
  2. Kacang buncis
  3. Bawang putih
  4. Lada merah
  5. Bawang merah
  6. Spicy black bean
  7. Air
  8. Sos tiram
  9. Gula
  10. Air tepung jagung
  11. Minyak masak

Cara Penyediaan:

– Gorengkan kacang buncis dan daging lembu.

– Tumiskan bawang putih, lada merah dan bawang merah.

– Masukkan spicy black bean (cari yg halal).

– Masukkan air dan gaul rata.

– Masukkan daging dan kacang buncis.

– Masukkan sos tiram, gula dan air tepung jagung dan juga sedikit minyak.

– Gaulkan sebati dan siap.

Sumber: @angah_lawaking

IKLAN