Selalunya nak jimat pasti akan pilih untuk beli ayam seekor kan? Kadang bukan sekali beli habis semua, pasti akan disimpan di dalam peti sejuk. Bila nak guna baru keluarkan semula.

Tapi, bila keluarkan semula tu warna asal kemerah merahan segar tu dah berubah seakan pucat menyebabkan kita pula rasa was-was ayam itu masih ok ke tidak.

Haaa jangan risau ada cara tau nak ubah ayam pucat lesu tadi tu nak nampak segar semula dalam masa lima minit! Jom tengok perkongsian dari Rohaida Ieda.

Bahan-bahannya :-

Petuanya…

1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci
2) Biarkan selama 5 minit
3) cuci ayam seperti biasa
4)isi ayam akan kembali kemerahan @ nampak segar

Macam Magik! Ayam Layu Tak Bermaya Gaul Dengan ‘Benda’ Ini 5 Minit Dah Kembali Segar

Menurut Public Health Malaysia, ayam mentah boleh disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari.

IKLAN

Manakala healthline memberikan panduan ayam mentah yang dipotong boleh disimpan sehingga sembilan bulan jika dibekukan.

Bagi ayam yang belum dipotong, ia mampu bertahan selama setahun.

Ayam yang siap dimasak pula selamat disimpan di dalam peti sejuk beku selama dua hingga enam bulan.

TANDA-TANDA AYAM SEGAR TELAH ROSAK

1-Ayam mentah yang melepasi tarikh ‘best by’ berkemungkinan besar telah rosak.

IKLAN

2-Perubahan warna: Ayam mentah dan dimasak yang rosak akan mula bertukar warna menjadi hijau atau kelabu. Bintik-bintik kelabu-hijau ini menunjukkan pertumbuhan bakteria.

3-Bau: Kedua-dua ayam mentah dan masak mengeluarkan bau berasid yang menyerupai amonia apabila ia rosak. Bagaimanapun, bau ini sukar untuk diperhatikan jika ayam telah diperap dengan sos, herba atau rempah ratus.

4-Tekstur: Ayam yang mempunyai tekstur berlendir sebenarnya telah rosak. Mencuci atau membilasnya dengan air tidak akan memusnahkan bakteria.

Jika anda mengesyaki ayam di dalam peti sejuk anda rosak, buang sahaja bagi mengelakkan keracunan.

IKLAN

Sumber: Rohaida Ieda, Public Health Malaysia 1, 2 , Healthline

Macam Magik! Ayam Layu Tak Bermaya Gaul Dengan ‘Benda’ Ini 5 Minit Dah Kembali Segar

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI