Tidak kira bagi yang merancang untuk mengadakan kenduri mahupun pihak yang menjayakan kenduri boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membuat pengumuman untuk membenarkan penganjuran majlis sosial ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 1 Julai ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kapasiti tetamu yang hadir adalah tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan dan dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.

“Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Majlis Sosial Dibenarkan Bermula 1 Julai. Penganjur Majlis, Perancang Perkahwinan Boleh Tarik Nafas Lega!

IKLAN

Bagaimanapun tegas beliau, penjarakan sosial sepanjang majlis tersebut berlangsung perlu diamalkan, termasuk memastikan kapasiti di dalam ruang tersebut.

Katanya, jika kawasan tersebut tidak boleh memuatkan 250 tetamu, ia perlu dihadkan antara 100 hingga 150 orang dalam kawasan tersebut (mengikut saiz kawasan).

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata setakat ini kerajaan pada dasar membenarkan penganjur menyediakan hidangan bufet pada majlis sosial. Tetapi ia perlu dihidangkan oleh pramusaji sepanjang majlis tersebut berlangsung.

IKLAN

“Jadi, tetamu tidak boleh mengambil makanan sendiri, namun cara terbaik adalah secara hidangan. Antara prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu membuat saringan di pintu masuk, memeriksa suhu badan, dan tidak membenarkan mereka yang bergejala hadir.

Majlis Sosial Dibenarkan Bermula 1 Julai. Penganjur Majlis, Perancang Perkahwinan Boleh Tarik Nafas Lega!

IKLAN

“Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka dan penganjur mesti mendaftarkan tetamu dengan aplikasi MySejahtera atau direkod secara manual,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan menasihati mana-mana penganjur yang sukar untuk mematuhi SOP yang ditetatkan supaya tidak meneruskan panganjuran tersebut.

Ia berikutan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi memantau pematuhan SOP sepanjang PKPP dijalankan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI