Mak Ayah Risau Anak Remaja Asyik Main Handphone, Lelaki Ini Jelas Cara ‘Rampas’ Bersyarat Buat Anak.

Share

Ibu bapa mana yang tak risau bila melihat anak terutama yang remaja asyik bermain handphone setiap hari.

Lebih lagi membimbangkan apabila sesi pembelajaran secara PdPR  bersambung lagi bagi mengelak jangkitan Covid-19 dikalangan pelajaran.

Hakikatnya bukan mudah untuk berkomunikasi dengan remaja yang suka memberontak berbanding anak-anak yang masih kecil.

Inilah yang dikongsi oleh saudara DrShukri Abdullah yang menerima luahan hati seorang ibu yang tidak tahu cara yang betul menasihat anak remajanya daripada asyik bermain handphone. Ikuti lanjut perkonsian ini.

YA, MACAM MANA NAK RAMPAS HP ANAK ?

Seorang ibu tanya soalan berikut, 

“Macam mana nak rampas handphone anak remaja?
Yg sekolah rendah ok,yg menengah ni..”

Ada beberapa faktor dalam menjawab soalan ini.

Jika ibu ayah dari AWAL lagi memberi kebebasan pada anak guna handphone (Hp) “anytime, anywhere, for any reason” DAN tidak pernah TEGUR SECARA SERIUS – bukan tegur “ambil syarat” saja dan jika ibu dan ayah itu terlalu berlembut dengan anak maka agak sukar untuk bertindak.

Sebaliknya sekiranya ibu bapa itu memang TEGAS dan KOTA APA YANG DIKATA maka tindakan merampas Hp anak hatta anak Tingkatan 3, 4 atau 5 lebih mudah.

Terbaik ibu bapa kena sentiasa berkomunikasi dengan anak pentingnya pelajaran, pentingnya mereka belajar bersungguh2 untuk sambung belajar sampai ke peringkat kolej-universiti. Terbaik anak kita kena ada wawasan dan halatuju yang jelas.

Tanpa wawasan dan halatuju yang jelas, maka dia tidak nampak pentingnya pelajaran. Maka dia tidak nampak pentingnya kelas online, pentingnya memberi tumpuan dalam kelas, pentingnya ulangkaji dan pentingnya peperiksaan. Maka atas sebab itulah pada dia yang penting ialah enjoy, main game, bermedia sosial, tonton video YouTube, lawan bola maya dsb.

Tetapi kalau ibu bapa jarang bercakap dengan anak, sekali sekala saja tanya bab pelajaran, tidak ambil kisah kemajuan akademik anak dan membiar anak dengan agande remajanya sendiri … pada ketika nitulah SUKAR nak bertindaka apa-apa pun jika anak menyimpang dari jalan yang sepatutnya.
PRASYARAT sebelum rampas HP anak, kena bagi anak faham, kena membuang masa dengan HP satu kerugian besar.

‘Rampas’ bersyarat ada caranya

OK ada tatacara sebelum merampas Hp anak.

PERTAMA
Kena buat peraturan yang JELAS dan KHUSUS bila, berapa lama, untuk tujuan apa Hp boleh digunakan. Peraturan ini mesti diberitahu pada anak. Terbaik BUAT PERATURAN BERTULIS dan tampal di tempat tertentu di rumah.


.
KEDUA
Termasuk dalam peraturan ialah TINDAKAN YANG AKAN DIKENAKAN jika ingkar peraturan. Ini termasuk MERAMPAS HP untuk sehari atau 2 hari atau beberapa harinikut pertimbangan ibu bapa.
.
KETIGA
Pada masa kini di mana guru mengadakan pengajaran online (PdPR) kita kena akur akan reality ini. Ini bermakna wpun dirampas HP, masa PdPR mesti diberi balik pada anak.

Bertegas dengan anak kerana sayang. Terima kasih.
.
Sumber: Dr.Shukri Abdullah

IKLAN