“Mak Peminat KFC, Mesti Ajak Pergi Makan Sebulan Sekali”. Sekarang Sediakan Sendiri & Resipinya!

Share

Perkongsian daripada seorang anak tentang ibunya yang begitu meminati ayam goreng KFC, mencuit hati juga dibaca.

Dan ini perkongsian penuh daripadanya, malah turut dikongsikan resipi homemade untuk buat ayam ala-ala KFC. Boleh dicuba.

Mak umur 64 tahun peminat ayam kfc,suka sangat! Dalam sebulan mest ada ajak pergi makan. Hari cuti ni singgah bermalam kat rumah mak,saya sampai-sampai je teros cakap jom makan kfc, saya balas ‘esok je lah mak’.

Pagi-pagi tadi  mak cakap lagi niari kita tak payah masak lah..makan kfc je,tunggu cucu-cucu yang lain datang. saya iya kan aja.

Kelentung kelentang kat dapur ,nah mak kfc!

Senyum sampai ke telinga Madam Saya ni.
Sambil makan sambil sambil puji sedap..

Alhamdulillah..suka bebeno die.kawan-kawan doakan mak saya panjang umur dan sihat selalu ya.resipi senang sangat-sangat.Nah saya sertakan pada yang sudi.

Resipi ayam
Tepung bistari (bancuh agak-agak jangan cair sangat)
Tepung gandum + tepung bistari satukan (kering)

Cara-cara
1.Gaulkan ayam dengan tepung yang sudah di bancuh tadi,perapkan setengah jam.
2.Salutkan ayam dengan tepung kering tadi dan goreng api sederhana besar.

Coleslow
Carrot,kobis,kismis,bawang merah-sagat halus
Gaul semua dengan mayonis.

Dannn siap!

Sumber : Rahayu Maulot via MAHN

IKLAN