Makan Buah Tu Jangan ‘Terlajak’ Banyak, Pakar Ini Kongsi Saiz Hidangan Yang Betul Supaya Tak Mudarat Diri.

Share

Apabila sebut mengenai buah-buahan tentu ada yang mengemari sesuatu buah akan makan dengan jumlah yang banyak.

Bagi yang ‘hantu’ durian tu dengan bangganya akan mengatakan sekali makan satu biji pasti licin!

Begitu juga dengan rambutan atau manggis, sudah pasti bila makan tentu berbiji-biji.

Tapi tahukah anda sebenarnta makan buah-buahan ni tak boleh keterlaluan nanti mudarat kesihatan diri.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh pakar ini mengenai saiz hidangan yang betul apabila menjamah hidangan buah-buahan tempatan.

Makan buah ikut saiz hidangan yang ditetapkan.

“Habis 2 biji durian aku makan tadi.”
“1 kilo rambutan beli tadi habis aku sorang makan.”
“Alah, buah-buahan kan bagus, apa salahnya makan banyak.”
Antara 3 situasi yang paling kerap dengar. Bila sampai musim, makan buah-buahan sampai tak ingat dunia.
Buah-buahan memang bagus. Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. KKM sarankan makan buah-buahan paling kurang 2 hidangan sehari.
Tahu tak berapa banyak 1 hidangan untuk buah durian?
3 ulas sahaja tau. Jadi kalau sudah melantak 2 biji seorang, mana datang 3 ulas kan?


Itu yang lepas makan jadi badan panas, sakit tekak dan kepala pening. Sebab banyak sangat makan dalam satu-satu masa.
Jadi gambar dibawah ada tunjuk saiz hidangan untuk buah-buahan yang popular di Malaysia. Jadikan sedikit rujukan bila makan buah-buahan ya.
Ingat, setiap makanan perlu ambil dalam kadar sederhana. Dan setiap makanan, sederhana itu dalam jumlah yang berbeza.
Goodluck semua. Moga bermanfaat!
p/s- banyak lagi tips diet, makanan dan senaman saya kongsikan.

Sumber: Rafsanjani Zainal

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN