Makan Malam Tak Perlu Masak Beria. Buat Nasi Goreng Sardin Pun Dah Boleh Pikat Selera Suami & Anak-Anak!

Share

Bila dah petang ni, berangan nak panaskan lauk tengahari tadi untuk makan malam. Sekali tengok eh lauk dah habis tapi nasi masih banyak!

Dek kerana tak berapa nak rajin masak lauk beria untuk makan malam, apa kata nasi lebihan tu buat goreng je!

Dah tak rajin nak masak lauk tu, takkan nak buat simple pecah telur je kan nasi goreng tu. Apa kata meh cuba resipi yang mudah juga, dan paling penting sedap!

Apa lagi kalau bukan nasi goreng sardin! Ni kalau anak-anak tengah ralit main, bau je nasi goreng ni terus beratur ambil pinggan nak makan tau! Tak percaya? Jom cuba resipi dari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni!

Resipi Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan :-

Kacang panjang
Kubis
Cili api (ikut kepedasan yang dimahukan)
Sardin
Telur
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
1 sudu cili kisar

Cara membuatnya :-

1. Tumbuk bawang, cili api dan ikan bilis

2. Nak senang masukkan dulu garam siap-siap

3. Goreng terlebih dulu ikan sardin yang dikeluarkan dari dalam tin

4. Ikan digoreng sedikit garing dan hancurkan untuk dicampurkan dalam nasi

5. Tumis hingga naik bau bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan cili kisar.

6. Masukkan isi ikan sardin dan gaul sebati dalam bahan tumisan

7. Selepas tu masukkan telur, gaul rata dan boleh lah masukkan nasi

8. Nak gelapkan sikit warna nasi, boleh letak kicap manis. Tuang je kicap ikut citarasa sendiri. Nak nampak gelap letaklah lebih

9. Masukkan sayur, gaul rata hingga betul-betul layu

10. Bila dah gaul sebati bolehlah dihidangkan

Dah tau resipi sedap ni, mesti cuba buat. Makan pula panas-panas, tak cukup sepinggan. Anak dan suami mesti puji!

Kredit Resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad

IKLAN