Makan Mangga Muda Lagi Best Bila Ada Serbuk Asam. Ni Cara Buatnya!

Share

Boleh meleleh air liur dibuatnya bila membayangkan kesedapan saat menikmati mangga muda bersama asamnya.

Bulan puasa begini,  mungkin ada yang mengidam untuk menjamahnya. Ayuh tunaikan keinginan selera anda dan tidak salah kiranya kali ini,  anda sendiri hasilkan serbuk coleknya.  Baru puas hati!

Oleh itu,  dikongsikan bersama resipi serbuk colek untuk anda nikmati.  Semoga perkongsian ini memberi satu lagi ilmu masakan buat anda semua. Selamat mencuba.


Serbuk colek

Bahan-bahan:

Segenggam udang kering

10 tangkai cili kering

3 inci belacan

2 cawan gula pasir

Cara Buat:

1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.

2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.

3. Sedia untuk dimakan.

 

sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN

 

 

 

 

 

IKLAN