Kebanyakan yang dapat bahagian tulang daging korban semestinya akan buat sup. Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan daging masih baru siap dengan tulang. Memang sedap!

Tapi masalah lepas makan hidangan sup ini adalah lemak yang melekat pada pinggan mangkuk. Memang susah nak hilangkannya.

Selalunya kita akan jirus dengan air panas untuk menghilangkannya, tak pun basuh berulang kali untuk menghilangkan lemak yang melekat.

Kalau setakat beberapa keping pinggan mangkuk ok lagi tapi kalau melibatkan kuantiti yang banyak memang remeh nak buat begini.

Bagaimanapun ada satu petua mudah yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk menyesaikan masalah ini!

IKLAN

Basuh Dengan Tepung Gandum!

Caranya cukup senang, cuma gunakan tepung gandum saja.

1. Masukkan tepung gandum dalam serbuk pencuci bersama air kemudian cuci pinggan seperti biasa.

IKLAN

2. Sisa lemak yang tebal melekat pada pinggan plastik pun boleh hidang dengan mudah.

3. Selepas itu bolehlah dibilas seperti biasa.

Selamat mencuba!

IKLAN

Sumber: Khairul Azhar Aamin

 

 

Makan Sup, Lemaknya Melekat Kat Pinggan Jadi Berminyak. Guna Tepung, Selesai Masalah Risau Basuh Tak Bersih!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI