Berhajat hendak lakukan makeover untuk ruang bilik air walaupun ukurannya bersaiz kecil, namun semua maklum biasanya akan melibatkan kos yang banyak. Perlu pecah sana sini dan memerlukan pakar untuk lakukannya.
Pun begitu, perkongsian daripada puan Suriati ini mungkin boleh dijadikan inspirasi. Berjaya lakukan transformasi dengan Cara paling mudah dan paling penting jimat kos.
Makeover bathroom saya cara jimat kos dan cepat.
Cat ni kena beli berpasangan ye ye… Ni cat yang saya guna:
Nak bancuh tu dia ada sukatan dan untuk elakkan pembaziran bancuh sikit-sikit sebab dia ada hardener cat tu cepat keras…
Ads
Kitaorang pun mula-mula terbancuh banyak so tak sempat abis cat tu dah keras…
Act boleh lagi sapu tapi jadi berketul-ketul so tak cantik la…jadinya kena la kikis semula… So bancuh sikit-sikit ok…
Ads
Untuk bathroom saya tu guna 1 liter undercoat, 2 liter cat putih (sebab putih so kena lapis banyak sikit, 1 liter cat hitam (tak abis pun sebab guna sikit je untuk buat pattern dan cat skit kat wall shower.
Bahagianya seorang isteri apabila suami dapat menyediakan sebuah kediaman hasil titik peluh suami.
Mahligia yang dibina memberi seribu erti untuk rumahtangga kekal hingga ke hujung usia.
Bagi yanga mampu ada yang membeli rumah pada ratusan ribu, namun sebaliknya akan berusaha untuk memastikan impian tercapai.
Sebagaimana puan Nurain Abu Bakar ini menunggu selama tiga tahun untuk mendapat rumah idaman.
Tidak membuat sebarang pinjaman namun mengikut sumber kewangan yang ada. Bak kata orang, ‘slow-slow kayuh.’
“Rumah saya pun. Sebahagian buat sendiri. Sambil buat sambil kumpul duit untuk diupahkan mana yang tak pandai dan kerja yang berat. 3 tahun lebih jugaklah siapnya.”
Malahnya katanya lagi, sudah 6 tahun tinggal di rumah mertua. Apabila berpeluang duduk dirumah sendiri ia bagaikan satu anugerah buat dirinya. Tambahan pula rumah yang dibina itu adalah tanah mertua.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Saya yang post rumah 3 tahun suami buatkan seorang diri tu, dari anak sulung umur 2 tahun sekarang dah 5 tahun huhu sampai dah ada adik baru rumah siap tu pun baru siap dalam, luar tengah buat.
Ini ada gambar2 rumah sebelum siap..dan ramai yg mintak nak tengok gambar luar rumah kan ada saya letak sekali. luar tak plaster tak cat lagi huhu siapkan yg dalam dulu, pelan2 kayuh dari luar nampak mcm rumah tak siap memang tak siap pun tp dlm alhamdulillah dh selesa kami anak beranak .
Total dah habih setakat ni rm50k, boleh la harga utk buat sendiri kan alhamdulillah rezeki tak perlu upah org, keluasan rumah 26×40.
Saya doakan semoga anda yg belum ada rumah juga dikurniakan rezeki utk punya rumah sendiri dan dipermudahkan segala urusan
Awal pembinaan tahun 2019
Rumah hampir siap 2020
2021
Alhamdulillah akhirnya siap juga rumahku syurgaku istanaku setelah 3 tahun menanti dengan penuh kesabaran. hasil simpanan kami suami isteri buat sikit2 kumpoi duit yg ada, memang tahan nafsu nak beli apa2 demi rumah tercinta. hasil kudrat seorang suami buat siang malam terima kasih syg (dari asal tanah ikat bata, plaster, bumbung, pintu, lantai, siling, elektrik, paip air, table top semua suami buat sendiri kecuali tingkap ja panggil org mai pasang ). Terima kasih ibu mertuaku atas pemberian tanah pada kami anak & menantumu inshaa allah kami kumpoi duit lagi beli kat mak. Pakai tikaq getah sat duit masuk kita boh mozek.
Kisah yang sunguh inspirasi. Sabar itu pastnya bahagia di penghujung buat pasangan suami isteri untuk memiliki kediaman sendiri.
Jika dilihat ibu bapa pada masa ini sangat mementingkan pendidikan anak-anak, ianya sangat wajar demi kita memikirkan masa depan anak-anak yang lebih terjamin.
Namun begitu ada sebahagiannya hanya memberi fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan bermula sejak lahir,
sehingga mereka berumahtangga kelak.
Justeru itu, ayuh difahami cara mendidik anak perempuan sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Didiklah anak perempuan dengan penuh hikmah
1. Anak perempuan asal ciptaannya daripada tulang rusuk yang bengkok
2. Bengkoknya tulang rusuk bukannya untuk diluruskan
3. Bengoknya tulang rusuk kerana struktur bengkok tersebut memberikan ia bentuk yang kukuh untuk menahan tekanan
4. Bengoknya tulang rusuk kerana struktur bengkok tersebut memberikan ia bentuk yang terbaik untuk melindungi jantung, hati dan paru paru di belakangnya
5. Anak perempuan dilahirkan dengan penuh emosi kerana ianya dicipta untuk memberikan perlindungan dan kasih sayang kepada orang di sekelilingnya
6. Janganlah terlalu bertegas andai mereka salah dan tersilap langkah.
7. Jangan terlalu membiarkan mereka bebas hingga hilang pedoman, tarbiah dan panduan kehidupan
Didiklah anak perempuan dengan penuh hikmah. Jika terlalu keras dan terlampau tegas secara keterlaluan, diri mereka akan mudah patah dan tersungkur rebah.
Sumber : Taufik Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gajet daripada satu sudut dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, andai tidak dikawal ia boleh mengundang masalah.
Antaranya seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain tablet.
Perkara ini sekali gus membuktikan betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Jadi ibu bapa perlu mula mengambil langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahu pun tablet.
1. Jangan beli selagi tiada kepentingan
Jangan beli telefon atau tablet untuk anak-anak selagi tiada kepentingan untuk menggunakannya. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.
2. Jangan main game depan anak
Walau pun anda suka bermain game tapi jangan tunjukkan ‘kegilaan’ itu di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika bapa sendiri pun berjam-jam melayan game.
3. Bawa ke majlis ilmu
Mahu memberi ilmu atau pengetahuan caranya bukan semata-mata memberi gajet. Adalah lebih baik ibu bapa terus membawa anak-anak ke majlis ilmu. Ajak anak mendengar tazkirah di masjid atau surau, kem, kelas agama atau mana-mana majlis ilmu.
4. Bawa anak beriadah
Jika tidak memberi gajet, ibu bapa mesti mencari aktiviti untuk memenuhi masa anak sebagai gantinya. Ajak anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.
5. Ajak anak baca al-Quran
Daripada menghabiskan masa dengan telefon berjam-jam, hadkan masanya. Ajak pula anak baca al-Quran tapi pastikan ibu ayah turut membacanya bukan hanya menyuruh.
6. Hadkan masa menonton TV
Kesan menonton tv berlebihan sama juga dengan gajet, jadi hadkan masa menonton anak. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan, tak elok juga.
7. Tanamkan sifat zuhud
Tanamkan dalam jiwa anak-anak sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang berada yang membeli telefon bimbit atau gajet yang mahal.
8. Kenalkan dengan buku ilmiah
Kenalkan anak dengan buku-buku ilmiah. Kalau boleh kurangkan mereka membaca buku kisah-kisah dongeng. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rozita Che Wan berkongsi pendekatannya sebagai ibu mentua yang santai, selain mendedahkan nasihat yang sering diberikan kepada anak lelakinya demi kebahagiaan rumah tangga.