Makeover Rumah Felda Ibu Jadi Luas Dan Cantik! Inspirasi Cara Pasangan Suami Isteri Ini.

Share

Rumahku syurgaku! Tak kiralah rumah kita atau rumah ibu bapa, rumah adalah tempat untuk kita berehat bersama suami, anak, ibu, ayah dan saudara mara.

Juga tidak bermakna rumah kos rendah atau rumah rakyat tidak boleh dihias cantik dan kemas. Begitu juga dengan rumah ibu ayah atau mertua. Ibu bapa mana yang tak gembira apabila rumah dihias cantik oleh anak dan menantu.

Sebagaimana yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini telah makeover rumah ibu di felda yang suram kepada sebuah rumah yang tenang, luas dan cantik.

Melalui perkongsiannya, sebelum dan selepas, jelas ketara, rumah yang disusun atur kembali dengan rona warna yang menarik, rumah lama tentu kembali ‘fresh’.

Inspirasi dengan kesungguhan pasangan suami isteri ini. Barangkali kita juga berbuat perkara yang sama untuk ibu ayah di kampung. Inilah masa untuk gembirakan mereka. Tak perlu ribu bajet, cukup sekadar makeover yang simple-simple aje.
Apa yang pasti, jika tak berkira dengan ibu ayah, rezeki pun tak berkira nak datang kepada kita.

Jom lihat perkongsian ini.

“Assalamualaikum semua.. Sy nak kongsikan hasil make over yg sy dan isteri buat utk ruang tamu dan bilik tidur rumah papan Felda mak sy. Semoga bermanfaat“

Selepas

Rona biru lembut untuk bahagian dinding rumah. Pokok hiasan buatan penyeri ruang
Kemas dan lapang. Ruang yang luas.
Kain langsir rona natural
Rona biru untuk ruang bilik
Ruang bilik nampak luas.

Inspirasi kan. Jom buat untuk ibu ayah di kampung. Jika tak mampu nak keluar bajet sendiri, berbincanglah dengan adik-beradik lain.

Kredit: Ferdaus Ahmad

IKLAN