Program #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama TV alHijrah, Sinar Harian, rakan sinergi media yang lain dan juga Rumah Ngaji seluruh Malaysia meneruskan misi Malaysia Quran Hour untuk kali ke-7.
Program tahun ini berlangsung isnin lalu menerusi medium Microsoft Teams dan TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Kali ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
Ads
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Ads
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:
Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Agen Pencegah Kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan Tekanan Darah
Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan Kadar Metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.
Negara kehilangan sebutir lagi permata seni apabila Seniman veteran, Datuk A. Rahman Hassan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam tadi.
Allahyarham yang merupakan pnyanyi era 1960-an meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung. Beliau meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.
Sebelum itu, arwah dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor.
Namun, menerusi perkongsian terbaru, Khir Rahman memaklumkan berita pemergian arwah ayahnya pada jam 12.40 malam tadi. Berita tersebut dimuat naik beserta sekeping gambar ketika sambutan Syawal yang lalu bersama arwah ayahnya.
(Di atas adlh momento terakhir sy bersalam raya dengan arwah abah pada Shawal pertama 1440 baru2 ini)
ASSALAMUALAIKUM ?? “Abah dah takda” Sy KHIR RAHMAN mahu memaklumkan secara rasmi ..bahawa tepat jam 12.40 pagi tadi, bertarikh 13hb Jun 2019, bersamaan dgn 9 Syawal ..ayahanda sy *DATO A RAHMAN HASSAN* telah kembali ke rahmahtullah.
Alhamdulillah.. berkat doa semua, arwah abah telah pergi dengan baik sekali ..semoga abah disekalikan bersama mereka yg beriman dan dikasihi Allah.
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman arwah di No 6, Lorong 2A, Taman Sri Ukay ..di solatkan di masjid yg akan ditetapkan nanti ..dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Taman Keramat .. inshaaAllah Al Fatihah
Sempat bergambar bersama anak dan cucu
Terdahulu, penyanyi veteran berusia 73 tahun yang popular dengan lagu Tak Mengapa itu telah dikejarkan ke hospital pada 1 Jun lalu selepas mengadu sesak nafas.
Difahamkan, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) itu mengalami kesukaran bernafas dan ditahan dalam bilik rawatan selama 12 jam dan dibenarkan pulang sehari sebelum menjelang Syawal.
Menerusi intagram Khir Rahman, beliau ada memuat naik gambar yang diambil ketika hari raya bersama arwah
Ucapan takziah diterima dari pelbagai pihak termasuklah selebriti.
Orang baik Allah sayang
Tabah terima dugaan
Al-Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aamiin.
Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan hali memang banyak khasiatnya, bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Perkongsian dari Noriza Rahman mungkin boleh membantu anda yang ingin cantik dan mantap luar dan juga dalaman.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pepatah yang sudah mangli. Nak buat tu tak susah, tapi yang payahnya nak istiqamah. Betul, kan?
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Masa balik kampung, ayah bagi seperdu pokok serai. So, alang alang serai, halia dan lemon ada banyak sangat dalam gerobok ni, meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusannya jika diamalkan.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
Jika kalian ingin glowing dari dalam, ini adalah resipi air rebusan serai yang bagus ditambah dengan ‘spicy ginger’ serta ‘zesty lemon’ yang memberikan rasa ‘kick’.
Kalian boleh memulakan minuman pagi dengan secawan air rebusan yang hangat atau sejuk untuk diminum sepanjang hari. Memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya. Tapi, itu lah penawarnya.
Balik kampung dapat banyak serai dan lemon ayah bagi, jadi buat lah air rebusan ni.
Cara penyediannya:
7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
Air dalam 1liter
*Ini meqza bahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau tak nak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Kalau tak boleh nak teguk segelas, man man minum. Rasa nak manis, tambah lah madu sikit.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.