“Mama Jahit Pakai Tangan, So Sweet Of You.” Bella Astilah Dedah Wajah Anak Kedua, Beri Nama Ara Adreanna. Comelnya!

Share

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memuat naik gambar bersama dua orang anaknya yang diambil menerusi sebuah sesi fotografi. Malah, Bella dan anak-anaknya kelihatan segak menyarungkan busana sedondon.

Perkongsian terbaru itu dimuat naik  menerusi laman Instagramnya. dalam masa yang sama, Bella turut mengumumkan nama puteri yang baru dilahirkannya pada 18 Julai lalu.

“Sangat berharga dan comel. Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna.

“Menjadi ibu membuatkan saya sangat penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju untuk puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi diadakan.

“Terima kasih mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot.

“Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulis Bella lagi.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.

Namun rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.

IKLAN