Kenal Robert Downey Jr.? Jika sebelum ini beliau popular dengan wataknya sebagai superhero Ironman untuk menyelamatkan dunia, kali ini beliau bertukar kerjaya menjadi doktor dalam filem terbarunya DOLITTLE.

Filem arahan Stephen Gaghan ini mengisahkan seorang doktor yang bukan sahaja mampu merawat manusia, malah mampu merawat dan berinteraksi bersama haiwan! Wow menakjubkan kan?

Mampu Bercakap Dengan Haiwan, Dolittle Buat Penonton Tak Kering Gusi

Disebabkan satu peristiwa yang membawa kepada kematian isterinya, Dr.Dolittle menjauhkan diri dari masyarakat sekeliling dan tinggal di rumah agam bersama haiwan-haiwan peliharaanya.

IKLAN

Namun setelah 7 tahun menyendiri, hidupnya kembali huru-hara dengan kedatangan seorang pemburu, Stubbins yang memintanya untuk merawat tupai yang tercedera ditembaknya dan seorang kerabat diraja, Lady Rose yang memerlukan bantuannya untuk merawat Ratu England.

Mampu Bercakap Dengan Haiwan, Dolittle Buat Penonton Tak Kering Gusi

IKLAN

Demi mendapatkan rumah agam yang didiaminya serta sokongan padu oleh rakan haiwannya, Dr.Dolittle bersetuju untuk membantu merawat Ratu England. Maka bermulalah pengembaraan Dolittle bersama haiwan-haiwannya dan Stubbins untuk mencari penawar penyakit Ratu England.

Bagi yang meminati filem yang bergenre komedi, filem ini sesuai untuk anda! Terutamanya bagi pencinta haiwan kerana anda tidak akan kering gusi melihat telatah ‘rakan-rakan’ Dolittle yang mempunyai pelbagai kerenah dan adegan menarik sepanjang perjalanan mereka mengembara ke pulau mitos.

IKLAN

Mampu Bercakap Dengan Haiwan, Dolittle Buat Penonton Tak Kering Gusi

Berjayakah Dr.Dolittle mendapatkan penawar untuk merawat Ratu England? Apakah rintangan yang perlu dia hadapi sepanjang perjalanan untuk mendapatkan penawar tersebut? Kalau nak tahu, jom ramai-ramai ajak keluarga menyaksikan DOLITTLE yang sudah berada di pawagam bermula 23 Januari 2020!

https://www.facebook.com/KeluargaMagazine/videos/1762226620580411/

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI