“Mana Terbang Kasut Tu Kakak?.” Anak Mengadu Kasut Sekolah Lesap, Reaksi Almy Nadia Undang Lucu!

Share

Datin Almy Nadia berkongsi kisah lucu anak sulungnya yang pulang dari sekolah.

Isteri kepada Dato Fizz Fairuz memberitahu, anaknya Afrina Arianna pulang dari sekolah dengan air mata apabila kasut sekolahnya hilang.

Kisah lucu tersebut dimuatnaik Almy menerusi laman Instagramnya beserta sepotong video.di dalam video tersebut, kelihatan anak sulungnya itu meraung sambil memberitahu yang kasut sekolahnya lesap.

Namun reaksi Almy Nadia membuatkan anaknya makin kuat menangis.. Sambil ketawa dengan kisah anaknya, Almy sempat merakam anaknya itu memakai selipar.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini lagi,Itu bukanlah kali pertama anaknya hilang kasut. Sebaliknya kejadian tersebut merupakan kali kedua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati dan tak kurang yang turut terhibur dengan gelagat anak sulung pasangan tersebut..

 

IKLAN