Bercakap tentang mandi malam, banyak sungguh mitos-mitos mengatakan bahaya pada tahap kesihatan.
Namun kajian mendapati jika mandi malam sebenarnya banyak kebaikannya. Pun begitu ada syaratnya di mana perlu menggunakan air suam.
Nak tahu lanjut tentang mandi malam ini, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Khasiat Mandi Malam
Anda selalu melalui detik sukar untuk tidur malam?
Selalu berasa tidak cukup tidur sewaktu bangun pagi?
Ads
Ini mungkin satu cara terbaik untuk anda dapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Kajian terbaru yang diterbitkan di sebuah jurnal menunjukkan mandi dengan air bersuhu 40 darjah Celcius, sejam atau dua jam sebelum tidur boleh:
Ads
✅ Meningkatkan kualiti tidur ✅ Anda akan cepat tidur berbanding biasa
Kajian mendapati, dengan air yang suam itu akan membantu membetulkan ritma sirkadian atau kitaran tidur (sleep cycle).
Malah, dengan air suam, ianya akan merangsang badan kita untuk meningkatkan pengaliran darah ke hujung anggota badan dan seterusnya menyejukan suhu badan.
Awet muda memang menjadi impian ramai antara kita. Meskipun bertambahnya umur, kalau boleh kita tidak ingin terlihat tua. Malah bimbang juga jika wajah mengerepot sebelum waktunya.
Perasaan bimbang tersebut bukan hanya wanita sahaja yang terlihat ketara dan seterusnya mencari rawatan-rawatan atau petua-petua tertentu untuk kekal awet muda. Pun begitu, lelaki masa kini juga sudah pandai dan serius dalam penjagaan personaliti agar tampak segak dan bergaya.
Hal itu membuat ramai orang ingin terus mencari untuk melakukan cara agar memiliki wajah tampak awet muda. Nak tahu apa tip dan petua yang diamalkan? Ikuti perkongsian seorang isteri terhadap suaminya yang nampak jauh lebih muda daripada usianya.
KOMEN ISTERI
Dah lama sangat kenal dia ni. Dari umur 18 tahun. Kenapa saya saja yang nampak makin tua? Dia masih kelihatan hensem walaupun beberapa bulan lagi dah 40 tahun.
Dia tak makan suplemen pun. Saya masak sedap macam mana pun, dia makan sikit saja. Padahal saya bukan tak pandai masak pun.
Pantang ada masa, dia sarung kasut, pakai baju sukan terus pergi joging. Saya tak ikut sebab saya tak rajin. Kerja rumah yang tak pernah habis, boleh kurus juga harapnya.
Yang paling penting, SUAMI SAYA BUKAN PEROKOK. Menagih rokok tu tambah 10 tahun ok kat muka kita. Sebab tu ramai askar nampak tua. Mereka sembur asap macam cerobong kilang.
Hari-hari dia berjalan nak ambil bas, keretapi dan MRT untuk pergi kerja. Bukan dekat-dekat.
Dia tidur awal dan jarang sangat keluar makan tengah malam. Boleh kira setahun berapa kali saja. Kengkawan dia semua jenis ‘family man’. Maka, masa dia memang banyak di rumah.
Suami saya hidup dia rileks dan sempoi. Sangat merendah diri walaupun siapa yang kenal dia tahu dia ni pandai bukan calang-calang. Dia nilah yang tak ada orang tak suka dia. Personaliti bukan jenis A. Langsung tak sama dengan saya. Sebab tulah saya rasa dia macam tak menambah usia pun. Tengok dia, saya dengki dan iri hati.
JAGA PENAMPILAN
Ramai orang kata bila dah kahwin, mesti akan tambah berat badan. Kahwin bukan alasan untuk kita jadi malas dan tak ambil pusing tentang penampilan diri.
Saya paling tak nak kalau tak pandai bawa diri sampai suami saya segan nak bawa saya ke mana-mana. Saya paling tak mahu kalau saya nampak selekeh sangat sampai suami saya malu nak angkut saya pergi jumpa rakan-rakan baik atau sepejabat.
Boroi tu bukan bermakna bahagia. Buncit tu bukan bermaksud pasangan kita pandai jaga kita. Tu alasan kita untuk tak nak jadi rajin.
Tu sebab kita untuk tak peduli.
TIP AWET MUDA
Meh kita sama-sama
1. Paksa pasangan kita BERHENTI JADI PENAGIH. Rokok tu ketagihan.
2. Berhenti makan sebelum kenyang – ikut sunnah Rasulullah SAW.
3. Kekal aktif dan bersenam – nak pergi cari Just Dance 2017 nak main dengan PS4 untuk mula bersenam.
4. Jaga berat badan – BMI kena 18 ke 23. Kita orang Asia.
Nak cantik macam Neelofa saya tak boleh dan tak mampu. Tapi taknak la nampak hodoh dan selebet sangat. Saya pernah tergemuk sedikit, mak ai terasa macam aduh beratnya nak bergerak. Bukan setakat suami kata, abah ma pun tegur. Alhamdulillah, bila dah motivasikan diri, saya dah masuk zon selesa dengan berat badan saya sekarang. Anak saya kata kalau saya kurus lagi 2kg memang terbaik.
Saya sebagai isteri sudah buat terdaya mungkin. Semoga suami saya sentiasa letak saya di hatinya di tempat seorang isteri patut duduk.
Masih ingat lagi tak satu video viral dulu? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dengan sebuah kotak berbentuk hati. Kotak tersebut diletakakn di dalam kereta surprise kepada suami. Dan ternyata kejutan tu membuat si suami berjujuran air mata.
Syukur Alhamdulillah…hadiah kotak tu pun dah selamat berada dipangkuan suami isteri tersebut.
Lima tahun…ya lima tahun penantian yang agak lama buat suami isteri yang sememangnya tidak sabar mendakap dan memeluk zuriat sendiri.
Jangan kata 5 tahun… setahun pun dah kira lama sangat…kan.
Bagi Intan Nur Elliana Zakaria, itu juga momen yang tidak akan dilupakan. Apa tidaknya, dia dan suami sabar menanti selama 5 tahun untuk mendakap dan memeluk cahaya mata kesayangan mereka.
Akhirnya, Intan selamat melahirkan bayi perempuan comel dengan nama Delima Nur Lailasari pada 27 September yang lalu.
Menerusi facebooknya, Intan tampil berkongsi ikthiar dan usaha keras yang dilakukan mereka dalam memperolehi zuriat.
Mereka berharap semua pasangan yang belum memperolehi zuriat walaupun selepas beberapa tahun berkahwin supaya tidak berputus asa dan bersabar, kerana satu hari mereka pasti menemui kejayaan.
Ikuti perkongsian perjalanan mendapatkan zuriat yang ditulis oleh Intan Nur Elliana Zakaria seperti di bawah.
PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.
#pcosfighter #TTC5years
Assalamualaikum
1. 2014 – Dari segi ubat & supplements
– Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
– Saya ambil makanan sunnah juga
– pergi bermacam2 rawatan batin (tapi xmenjadi)
2. 2015 – Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800++ utk cek permulaan sahaja, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda2 murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
– Husband ada sperm issue (sperma lambat / xaktif)
– Saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil & xmatang)
– Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori
3. 2017 – Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:
– saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg (bukan semua org mampu buat atkins, jgn paksa diri kalau xmampu, anda bole diet sihat/diet kalori/ Intermittent Fasting Diet/ Diet Suku2 Separuh)
-Lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
– Husband ikut sikit2 je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama2.
– Husband mmg xmerokok
– saya makan folic acids
4. 2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional
– Husband buat rawatan urut saraf di Sg Haji Dorani Sg Besar, Selangor (wak sanip- 0136016338)
– Sy buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)
– Bekam seluruh badan utk keluarkan angin2 dan darah kotor dlm badan. (Kalau boleh sebulan sekali)
– kerapkan honeymoon berdua, xde bajet dlm bilik pon bole honeymoon, pasang lagu romantik dan bau2 aromatherapy
5. 2018- Selepas berjaya turunkan berat bdn sebanyak 15kg dlm masa 3bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan 1 2018 sy disahkan pregnant..
6. September- Alhamdulillah sy dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima Nur Lailasari ❤️
Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing2 amat2 diperlukan ketika ini.. Berdoa, selalu bersedekah dan memberi bantuan kepada org yang memerlukan.. smoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..
Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna ya.. InshaAllah ?
Air barli panggang atau kopi barli antara minuman alternatif bagi menggantikan kopi dan teh. Ketika di bulan Ramadan kita tidak digalakkan untuk minum teh dan kopi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
Bagi mereka yang susah untuk mengelakkan diri daripada minum kopi, air barli panggang atau kopi barli sesuai untuk anda. Rasanya lebih kurang sama seperti teh dan kopi. Berikut resipi kopi barli atau air barli panggang yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saddan
AIR BARLI PANGGANG/ RESIPI KOPI BARLI
Bahan-bahan:
100 gm barli
1 sudu besar gula perang/Melaka
Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Sangai barli hingga warnanya keperangan.
2. Masukkan dalam periuk dan tambah 400 ml air.
3. Letak gula perang, dan reneh 15-20 minit.
4. Hidang panas, atau dengan ais.
Rasa kopi barli ini seperti teh tapi ada sedikit aroma kopi. Cuma barli yang sudah disangai itu rasa agak pahit, jadi tidak disarankan untuk dimakan.
Berikut dikongsikan juga fakta dan khasiat barli untuk kesihatan:
*Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
*Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.
*Air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Kesan sejuk pada badan selepas anda menikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
*Air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Barli mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
*Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
*Ibu yang menyusukan anak juga boleh mengambil manfaat air barli untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke 10 minit dan kemudian minumnya.
*Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahanan badan. Beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.