Manjanya Aliff Syukri Dengan Ibunya, Tapi Bila Sebut Nak Kahwin Lain, Kena Tegur Terus!

Share

Jelas tergambar kebahagiaan yang tulus dari hati apabila melihat video yang dikongsi oleh Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ketika menghantar ibu dan isteri menunaikan ibadah haji.

Video berdurasi beberapa minit ini, menunjukan senda gurau beliau bersama ibu yang juga merupakan pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Melalui caption, beliau mengakui ibunya seorang yang garang tetapi hasil didikan cara yang tegas dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang berguna. Boleh video penuh di instagramnya.

Siapa yang ada mak garang macam abg? cer komen di bawah penglamn korg.

Kadang kala abg tak sangka mak abang @bondarozitaibrahim yang sebelum ini menang ratu cantik masa zaman jahiliah.. sekarang ni dah tua tmbah baik dan sopan.. hahah tpi tenaga dia kalah org muda walapun dah tua.. maklumlah dulu waktu abang kecil-kecil abang ni selalu kena pukul ,rotan dengan mak abang sebab abg tak pandai sekolah dan nakal x dengar cakap.. .


.
bagi abg kalau tak kerana mak@bondarozitaibrahim abang yg garang mcm singa lapar ni mgkin abg tak sampai ke hari ini ..Sebab tu abang sedaya upaya akan memberi balasan kepada mak …Walapun abang tahu dia ada segalanya.. semoga anak2 abang akan menghargai abang … macam abang menghargai mak dan arwah mak abang..

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat bersahaja beliau berseloroh dengan isteri dan ibunya.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

 

 

IKLAN