“Markah ‘Bintang ‘Untuk Main Games, ‘Rotan’ Bila Tak Buat Kerja.” Fazley Yaakob Guna Sistem Point Disiplinkan Anak-Anak!

Share

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Baik secara tegas mahupun berlembut, setiap pendekatan yang di ambil adalah semata-mata untuk memastikan anak-anak menjadi ‘orang’ dan berjaya pada masa hadapan.

Begitu juga dengan selebriti, Dato’ Fazkley Yaakob. Melihatkan karekternya yang lemah lembut namun disebaliknya dia agak tegas dalam mendidik anak-anak.

Pun begitu, menerusi perkongsiannya di laman instagram, Fazley berkongsi cara mendidik anak-anaknya.

“Saya ada sediakan points system untuk anak-anak setiap hari. Mereka perlu kumpul bintang-bintang ini untuk main gadget selama 2 jam beberapa kali seminggu.

“Bila buat tugasan dengan sempurna akan dapat bintang, bila naughty atau buat silap, akan dapat ‘rotan points’ 😂

“Bab rotan itu hanya untuk perkara yang berat seperti tinggal solat dan bergaduh sampai cedera luka sahaja ya! Jangan salah faham.

“Ya allah macam macam alasan anak-anak saya bagi untuk segala macam kesilapan kecil sebab tak nak hilang markah tu.

Kalau nak tahu cara yang dipraktikkan Fazley, tonton video di bawah ini.

Sumber: fazleyyaakob

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN