Menu hujung minggu pastinya ibu-ibu ingin menyediakan menu istimewa buat anak-anak. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomati dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya. Sihat pulak tu. Bebas lemak dan kolesterol.
Bunyi hidangannya seperti sukar untuk menyediakannya sedangkan nak masaknya amatlah senang. Masukkan semua bahan bersama ikan dalam kukusan dan biarkan hingga masak. Sekitar 15 hingga 20 minit, ikan kerabu asam boi kita dah siap tersedia di atas meja.
Jom cuba!
Ads
Resipi Ikan Kerapu Kukus Asam Boi
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Caranya:
1. Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Ads
2. Didalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
3. Kukus ikan sehingga separuh masak.
Ads
4. Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
5. Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
6. Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Dah siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seakan tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana perasaannya bila kita yang telah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, tiba-tiba dapat pula adik kecil seusia anak sendiri.
Seakan mustahil namun kisah ini memang benar-benar terjadi kepada seorang wanita ini yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktok yang menarik perhatian wargamaya.
Bulan 4 Aku Bagi Cucu Baru Kat Abah
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, ia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada bulan April yang lalu dan difahamkan sebelum ini anak pertamanya adalah seorang perempuan.
Bulan 6 Abah Bagi Adik Lagi
Namun bila namanya rezeki, tiada siapa dapat menolaknya. Bayangkan selang beberapa bulan abahnya pula ‘hadiahkan’ adik lelaki kepadanya dan apa yang lebih mengujakan bayi tersebut kembar.
Ini sekali gus menjadikan usia pakcik dan anak buah sebaya!
Memang boleh dikatakan 1 dalam 1000 terjadi kisah seperti ini, jarang-jarang sekali kita dapat lihat di zaman sekarang.
Video tersebut nyata mencuri tumpuan umum dan sekali gus tular di aplikasi Tiktok dengan meraih tontonan hingga melebihi 800 ribu tontonan setakat ini.
Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Mengakui awal perkahwinan, pasangan ini sedikit ‘stres’ tatkala bercakap soal anak.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
“Loud’ di luar ‘soft’ di dalam
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain.
“Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,” ujar Azad lagi.
Mengulas lanjut mengenai anak sulung yang nampak serasi di hadapan kamera, Eira bagai mana pun enggan membenarkan anaknya terjebak awal dalam bidang seni.
“Jangan kita fikir duit, kasihan pada anak-anak kerana bukan masanya lagi mereka bekerja. Ini waktu mereka belajar itu yang saya cuba elakkan untuk anak-anak. Bila berganding dengan anak-anak dalam sesebuah drama, saya kasihan melihat mereka terpaksa berjaga sedangkan itu masa mereka bermain dan belajar. Bukan masanya lagi mereka bekerja,” ulas Eira sambil memberitahu akan menghantar anak sulungnya ke International School apabila bersekolah di Indonesia kelak.
Lebarkan kerjaya ke Indonesia
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah nak bahagikan masa.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,” cerita Eira lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak hingga dewasa tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Justeru, sebagai anak kena selalu ingat dan menghargai setiap keringat dan penat lelah orang tua mereka.
Bagi pelakon dan pelawak terkenal, Ajak berkongsi rasa teruja apabila hasratnya untuk menghadiahkan rumah buat bapanya hampir menjadi kenyataan.
Dalam satu perkongsian, Ajak memuat naik gambar dia melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor.
Dalam perkongsian tersebut, Ajak memberitahu rumah tersebut dibina khas demi untuk bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.
Biarpun rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu masih dalam pembinaan namun, ianya sudah hampir siap.
“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah.
“Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya terharu.
Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.
“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada.
“Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.
“Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.
“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.
Ramai yang memberi reaksi pada perkongsian tersebut. Menurut mereka, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.
Malah ramai mengharapkan semoga segalanya berjalan lancar selain mendoakan ayah Ajak diberikan kesihatan yang baik.