Masak Pulut Guna Rice Cooker Lagi Mudah & Cepat, 15 Minit Siap!

Share

Bila ada dalam ahli keluarga yang teringin hendak makan pulut, jadi inilah cara paling mudah untuk ibu-ibu sediakannya. Tanpa perlu mengukus, pulut enak dapat dinimati dengan mudah dan cepat.

Menurut perkongsian Ya Norma di media sosial, apabila menanak pulut di dalam periuk nasi hanya 15 minit hidangan pulut sudah sedia untuk dinikmati. Nyata cara ini cukup mudah dan yang penting andai periuk pengukus tiada bukan lagi menjadi halangan untuk menyediakan menu pulut yang enak untuk keluarga tercinta.

Oleh itu, jom hadam teknik memasak pulut guna periuk nasi.

CARA MASAK PULUT GUNA RICE COOKER

“Ni untuk orang yang tak ada periuk pengukus kat rumah boleh la cuba, pulut memang lembut elok. Ambil masa 15 minit sahaja. Memang mudah dan pantas.


zap zap zap siap.”Ya Norma

 

Resipi :

2 cawan pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sudu besar minyak masak *
1 sudu kecil garam *

Cara masak : 

1) Basuhkan beras pulut
2) kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam periuk rice cooker dan tekan tombol untuk memasak.
3) Bila nampak wap panas keluar,buka penutup rice cooker dan kacau pulut, ini untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4)

 Kemudian biarkan sehingga pulut betul-betul masak dan siap dihidangkan.

“Siap,mudah dan ringkas. Pulut boleh dimakan bersama durian,mengenangkan sekarang durian murah..dimakan dengan ikan masin pon boleh..lagi sedap..”

sumber : Ya Norma via MAHN 

IKLAN