Sudah pastinya ibu-ibu mencari resipi masakan yang memerlukan penyediaan yang mudah dan cepat siap. Malah menyelerakan untuk suami dan anak-anak.

Menerusi perkongsian Puan Haslinda Mohd Jusohm, kongsikan resipi ayam varuval chicken. Masakan yang sihat tanpa guna santan atau susu. Yang pasti masakan india ini membangkitkan aroma. Jom lihat cara penyediannya. Confirm sedap.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Atas galakan kawan..saya post resipi varuval chicken kat sini.resipi ringkas dan sedap.bahan2 ada kat dapur setiap rumah.tak perlu modal yang banyak dan tahan mkn berhari2 pasal masakan ni tak mnggunakan santan atau susu.first time sy post kat mahn.resipi dan step memasak ada disetiap gambar.feel free to share.saya halalkan.

Bahan tumbuk:


setgh biji bawang merah+putih 5biji+halia suku inci.
1biji setgh bawang besar racik(lg byk bawang lg sedap)
Rempah 4sekawan
3tangkai daun kari
1sudu makan setiap serbuk ketumbar&jintan manis&jintan putih+2sudu serbuk kari ayam baba’s+3sudu serbuk cili
Ayam 650 grm(xada dlm gmbar)
Cili kering 10tangkai(xada dlm gmbar)
Gula & aji secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak dn msukkan rempah 4sekawan

Masukkan bawang racik..biar layu..api medium

IKLAN

Dah layu bawang racik..masukkan daun kari dan bahan tumbuk..terus tumis sampai caramelized.

IKLAN

Masukkan ayam..kacau dan biarkan sehingga ayam kecut sikit.

Campurkan campuran rempah ratus dgn air dr lesung.saya percaya ni rahsia masakan sedap.

Masukkan rempah dan kacau masukkan air sedikit demi sedikit.tumis sampai pecah minyak.boleh ltak garam dan aji pada masa ni.taburkan sekali cili kering dan daun ketumbar.teruskan kacau sekali sekala utk elakkan hangit.bila dah pecah minyak.boleh ttup api. Tadaaaaaa. Inilah rupa ayam bila dah masak. Enjoy!

Sumber: Haslinda Mohd Jusoh