“Masalah Berganda, Dua Kali Ganda Dari Segala-Galanya.” Kongsi Rutin Bersama Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Akui Tak Mudah

Share

Siapa yang tak suka apabila melihat anak kembar yang comel berjalan bersama dengan berpakaian sedondon. Kerana itu ramai ibu bapa yang teringin untuk memiliki anak kembar. Namun, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Bagi yang pernah mengalami tahu apa yang mereka lalui.

Demikianlah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar baru-baru ini menerusi laman instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, beliau memuat naik satu video bersama anak kembarnya.

Malah, beliau turut menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.

“Mempersiapkan anak-anak lelaki. 

“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.

“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.

 

Jelas Datuk Dr Sheikh Muszaphar lagi, semua orang mahu anak kembar tetapi ia memerlukan kerja keras.
Gandakan usaha itu, gandakan komitmen, masalah berganda, dua kali ganda dari segala-galanya termasuk Double Joy.


Tetapi Alhamdulillah – benar-benar Diberkati.
Selamat Pagi semua,” tulis Dr Sheikh Muszaphar lagi yang bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.

Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Perkongsian tersebut rata-rata dipersetujui oleh ibu bapa yang memiliki anak kembar.

faizasdrivinginstructor Salam Doc I know it’s truly hard work Alhumdulila, how do you prepare the egg fried boil?

putrialiafarina I have 5 boys and handling a set of triplets by myself .. prep them to kindi once a point a time la but they are 8yo now more independent alhamdullilah.

tura6 Mmg betul! Akak pun ada twin boys busy as a bees ?? makan berdiri dibuatnya n dapat tidur duduk pun dah cukup bagus ?? skrg mereka dah 16 tahun dah n akak dah bole tidur like a polar bear ? makan pun dah boleh sambil baring ?

affa_arifin Morning Dr. Same here. 4 kids. 2 boys (8yr + 5 yr) n twin girl (11mth). Kalut but Alhamdulillah.

ad_wahida Same goes to me doc..i have twins girls 2y3m..every morning b4 go to work sweating already like jog 2.4km..hahhhahaha

Tak kurang yang turut meminta beliau berkongsi tip menjaga anak sendiri tanpa bantuan pembantu.

fareedarani Salam dr… Do you have any tips to get twin, dont have genetic but really want twin hh ?

nazierawhp Dr, are the twins / B & T sleep alone in their own rooms? If so, how do u start and when to start to teach them sleeping in their own rooms? Thanks.

asmadaus Hai dr..what is the best treatment for baby who had eczema? Tq

nadafarid_khan Doc , how do you encourage them to brush their teeth ? My son who is 2 , it is so hard to brush his teeth .. he refuses to brush his teeth ..

parahhjane dr ni sabar orangnye Alhamdulillah.org sabar ni mmg berjaya dlm byk perkara .the boys also look so happy

Sumber: IG drsheikhmuszaphar

IKLAN