“Masih Gigil, Tak Mampu Bayang Jika Hilang Selamanya.” Noorkhiriah Kongsi Saat Cemas Anak Hilang, Syukur Ditemui!

Share

Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa ibu mana yang tak galau apabila anak yang ditatang bak minyak yang penuh sejak kecil tiba-tiba ‘hilang’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata membuatkan pelakon Noorkhriah tidak keruan.

“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya,” itu luahan Noorkhiriah tatkala berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, anaknya dilaporkan sudah dijumpai.

“Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata sekitar waktu Subuh.

“Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan. Apa jadi kepadanya. Macam macam berlegar dalam kepala.

“Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta,” jelasnya lagi.

Sebelum itu, pelakon drama Nur ini berkongsi kehilangan anaknya menerusi laman instagramnya dan memohon bantuan ramai untuk menjejaki anaknya.

Menurut Noorkhiriah, kali terakhir anaknya dilihat berbasikal merah dan menyarung ‘sweater’ berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah rakan artis seperti Azza Elite, Iesya Toh dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Mereka turut memanjangkan berita berkenaan di Instagram masing masing.

Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan mempunyai anak bernama Muhammad Yusoff, 10 dan anak perempuan bernama Nur (2 tahun).

Sumber: Berita Harian Online & khiriah17

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN