“Mata Grey, Mata Mak Dia!”. Peminat Teruja Keunikan Anak Emma Maembong

Share

Sejak melahirkan anak sulung pelakon cantik, Emma Maembong telah berkongsi beberapa wajah anak kesayanganya di instagram miliknya.

Terbaru semalam, pelakon berusia 28 tahun ini yang masih dalam tempoh berpantang sekali lagi berkongsi gambar anak lelakinya.

Lebih teruja, apabila wajah kecomelan anak lelakinya jelas terserlah apabila keunikan mata yang berwarna seakan kelabu.

Perkongsian itu sempena photoshoot 

pertama buat anaknya sejak lahir pada 8 November lalu.

CANTIKNYA MATA

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat memuji keunikan mata cahayamata pasangan ini.

Walau bagaimanapun, setakat ini Emma dan suami masih belum mendedahkan nama bayi pertama mereka.

Untuk makluman Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2020.

IKLAN