Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang suami bila mana melihat sekujur tubuh isteri yang sudah terbaring kaku di tengah jalan. Itu yang terjadi apabila seorang ibu muda yang baru tujuh bulan melahirkan bayinya, maut digilis lori dalam satu kemalangan pada jam 1.30 petang Rabu, di Kulim, Kedah.
Suami mangsa yang dipercayai secara kebetulan melalui tempat kejadian, terus meluru ke arah jasad isterinya itu lalu memeluknya sambil menangis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Almass Zasmi, 23, sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala sebuah treler datang dari arah bertentangan.
Katanya, di lokasi kejadian itu, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori treler menggilis mangsa dengan tayar belakang.
Tambah Azhar, mangsa yang cedera parah di kepala maut ditempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Kulim, merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan yang juga OKU bisu pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia 7 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Air kelapa merupakan cecair isotonik yang menyegarkan kerana kaya dengan mineral elektrolit, seperti klorida, potasium, magnesium, natrium, dan kalsium.
Di samping itu, isi kelapa juga mengandung karbohidrat, vitamin C, serat, serta riboflavin. Jadi air kelapa diminum bersama isi kelapa, sangat baik untuk wanita hamil.
Jika ada yang melarang wanita hamil minum air kelapa dan isinya, sebenarnya itu hanya satu mitos. Air kelapa selamat diminum oleh wanita hamil, kerana bersifat natural dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk bayi dalam rahim. Ia lebih selamat berbanding dengan minuman berkafein atau bersoda.
Selain menghilangkan dahaga, air kelapa juga dapat mencegah dehidrasi kerana kandungan mineral elektrolitnya.
Ia juga mencegah jangkitan kuman pada saluran kencing. Minum air kelapa muda dapat mengelakkan jangkitan kuman (kencing kotor) berulang sepanjang kehamilan.
Ada pula yang mengatakan air kelapa dapat membuat rambut bayi lebih tebal dan kulitnya bersih. Namun ia belum terbukti secara ilmiah.
Meskipun sangat bermanfaat dalam meminum air kelapa, sebaiknya jangan berlebihan.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr. Fie Tawfek, meluahkan rasa sedih selepas mengetahui keadaan kesihatan bekas ibu mentuanya, Mak Jenny yang dikhabarkan kurang sihat.
Walaupun hubungan rumah tangga antara dirinya dan Nubhan telah berakhir, Dr. Fie menegaskan bahawa rasa hormat terhadap Mak Jenny tidak pernah berubah. Baginya, hubungan sebagai ibu mentua tetap akan dihargai walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan sebagai keluarga melalui perkahwinan.
Dr. Fie berkata, dia mengetahui keadaan kesihatan Mak Jenny menerusi perkongsian yang tular di media sosial apabila wanita itu dilaporkan terjatuh sehingga mengalami keretakan.
Menurut Dr. Fie, status bekas ibu mentua tidak pernah mengubah rasa hormat yang disimpan terhadap Mak Jenny.
“Saya dengar juga cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, walaupun saya tak sempat berjumpa dan bersemuka mak mentua itu tetap mak mentua.
“Walaupun putus hubungan suami isteri tapi mak mentua tetap mak mentua,”
Dalam masa sama, Dr. Fie berkata doanya sentiasa mengiringi Mak Jenny agar diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.
Beliau turut berkongsi bahawa dirinya pernah menjaga Mak Jenny ketika wanita itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami insiden terjatuh sebelum ini. Pengalaman tersebut membuatkan beliau memahami cabaran menjaga warga emas yang memerlukan perhatian dan kesabaran tinggi.
“Tapi memang Allah tahu doa saya itu sentiasa bersama dengan Mak Jenny. Sebelum ini pernah sekali yang dia jatuh dan saya pernah bersama-sama dengan dia di hospital. Jadi saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini.
“Jadi saya doa banyak-banyak untuk Mak Jenny cepat sihat,” luahnya.
Menurut Dr. Fie, menjaga ibu bapa yang sedang uzur bukan tugas yang mudah kerana ia memerlukan komitmen, kekuatan emosi dan pengorbanan daripada ahli keluarga.
Selain mendoakan kesihatan Mak Jenny, Dr. Fie turut berharap agar Nubhan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaik mungkin sepanjang ibunya menjalani rawatan.
“Semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik sebab mungkin ini adalah satu peluang untuk dia jaga mak, tak perlu fikir benda lain.
“Anak-anak saya boleh fikirkan, jadi doa banyak-banyak supaya mak sihat, sembuh seperti sebelumnya. Saya nak dengar juga lagi suara mak di sosial media,” tambahnya.
Terdahulu, Nubhan menarik perhatian ramai apabila berkongsi keadaan terkini ibunya menerusi akaun TikTok.
Penyanyi dan usahawan itu memaklumkan bahawa beliau tidak menyangka ibunya yang sebelum ini kelihatan aktif dan sihat akhirnya diuji dengan masalah kesihatan sehingga terlantar.
Semoga Mak Jenny dipermudahkan segala urusan rawatan, diberikan kesembuhan yang berpanjangan dan kembali sihat seperti sediakala.
Kelihatan orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk membeli barang keperluan menyambut Hari Raya Aidilifitri tidak lama lagi.
Saban hari gedung membeli belah di penuhi orang ramai. Bahkan juga kedai emas dipenuhi pelanggan dengan membeli emas untuk dijadikan sebagai perhiasan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaikan sudah menjadi trend, emas mesti dimiliki oleh setiap keluarga bukan sahaja perhiasan tetapi sebagai pelaburan,
Namun ada antara kita mempunyai pendirian tersendiri mengenai barang kemas ini. Bagi saudara Mohd Yazid Ismail yang juga ahli perniagaan yang berjaya ini tidak ralat menjadikan barang kemas sebagai bukan keutamaan kepada keluargannya.
Malah dia sendiri, tidak pernah membeli barang kemas kepada tiga orang anak perempuannya. Katanya, bukan kedekut atau tidak mampu tetapi tidak berminat dengan barangan mewah.
“Jangan kata kami kedekut. Ini pilihan yang kami rasa selesa. Kami bahagia dengan cara begini.”
ANAK TAK PERNAH PAKAI BARANG KEMAS
Tiga orang anak dara ni tak pernah pakai apa-apa barang kemas kat tubuh mereka. Tak pernah belikan.
Mama dan Abah diorang kurang minat eksesori mewah. Beg tangan mahal, kasut mahal semua tak minat.
Jangan kata kami kedekut. Ini pilihan yang kami rasa selesa. Kami bahagia dengan cara begini.
Kami hormati pilihan orang lain yang suka emas dan barang mewah. Itu hak mereka. Pilihan dalam hidup kita tak semestinya sama.
Setiap orang jangan fikir hanya pilihan mereka yang terbaik. Raikan pilihan citarasa orang lain selagi ia patuh syariah
Ada orang bila tengok perempuan tak ada seurat gelang kat tangan mulalah mengata perempuan tu malang sebab tak mampu beli emas, miskin, tak pandai urus duit. Mereka ingat diorang je yang bertuah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.