Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, gadis Cina yang fasih berbahasa Melayu dan lancar bertutur dialek Kelantan begitu tidak asing lagi di kalangan wargamaya terutamanya pengguna TikTok.

Rupa-rupanya sebelum ini Mek Yun telah pun berkerja di syarikat penerbangan AirAsia dengan menjawat jawatan sebagai  Eksekutif Growth & Culture dan baru-baru ini telah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik.

Pada Istiadat Konvokesyen ke-21 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), baru-baru ini, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, UTHM, Wee Yun Nee telah meraih dua anugerah.

Mek Yun, Gadis Cina Fasih Berbahasa Melayu Raih 2 Anugerah Banggakan Keluarga

Memetik berita yang dikongsikan Sinar Bestari, Wee Yun Nee atau mesra disapa Mek Yun merupakan seorang kakitangan yang kini bertugas sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan AirAsia telah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik.

@mekyunnnn Akhirnya, harini Mekyun graduate dlm Degree of Electrical Engineering!! 😭BLESSED 🤍 #fyp ♬ Gemuruh – Faizal Tahir

Hari ini, selain dikenali ramai dalam kalangan pengguna TikTok kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan, gadis cantik berusia 25 tahun ini telah berjaya mengumpul hampir 500,000 pengikut dan meraih kira-kira 7 juta tanda suka di TikTok.

Manakala di Instagram pula, Mek Yun memiliki 187,000 pengikut dan menurut Mek Yun, dia berkongsi koleksi video pendek di TikTok dan Instagram bertujuan memotivasikan golongan belia terutama pelajar.

“Saya mahu pelajar bijak membahagi masa sekiranya mereka ingin berjaya dalam pelajaran.

IKLAN

Kerana itu, saya kongsi sedikit motivasi dan kata-kata semangat buat mereka melalui laman sosial tersebut,” katanya yang kerap memuat naik video mengandungi mesej bermanfaat di TikTok dan Instagram.

Sepanjang bergelar pelajar di UTHM, Mek Yun berusaha menyusun masa dengan sebaiknya agar pengajiannya berjalan lancar.

“Saya tidak mahu abaikan tanggungjawab sebagai pelajar walaupun pada ketika itu saya aktif sebagai Digital Content Creator,” katanya yang pernah mendapat keputusan 4 Flat dan menerima beberapa anugerah emas dan perak ketika menyertai pertandingan bertemakan penyelidikan dan inovasi.

Akhir sekali, Mek Yun menitipkan sedikit pesanan kepada bakal graduan agar tidak belajar di saat akhir bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam semua subjek.

“Rancang dahulu jadual harian supaya kita lebih bersedia dan jika tidak faham tentang sesuatu topik, teruslah bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan,” jelasnya.

Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk pada kali ini menyaksikan seramai 4,485 graduan pelbagai peringkat pengajian menerima sijil masing-masing.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mek Yun, Gadis Cina Fasih Berbahasa Melayu Raih 2 Anugerah Banggakan Keluarga

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

IKLAN

Mek Yun, Gadis Cina Fasih Berbahasa Melayu Raih 2 Anugerah Banggakan Keluarga

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI