Selalunya bila musim-musim panas begini seperti suatu kepuasan jika dapat menikmati aiskrim. Bukan sahaja anak-anak malah kita orang dewasa juga pasti tidak menolak untuk menikmati aiskrim yang enak.
Namun disebabkan musim PKP ini, untuk kita keluar rumah atas alasan untuk membeli aiskrim semata-mata terasa tidak berbaloi pula. Jadi bolehlah dibuatkan stok untuk dijadikan pilihan untuk anak-anak menikmati aiskrim bila perlu.
Berita baiknya lagi, Nestle Ice Cream Malaysia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran aiskrim terus ke pintu rumah dengan teknik bayaran Cash On Delivery. Tentunya anak-anak akan melompat keriangan bila lihat lori aiskrim berhenti depan rumah dan membawa aiskrim yang dipesan. Terbaiklah!
Berkongsi cara untuk membuat pesanan aiskrim ini, Jalan-jalan Cuti Santai berkongsi infonya.
Ads
Bagaimana nak dapatkan Penghantaran aiskrim Nestle?
1- Isi Borang
2- Pilih Lokasi ikut kawasan
3- Pilih aiskrim yang kome nak
4- Agent akan call sebelum penghantaran
5- Lori dah sampai baru bayar
6- Dah dapat Aiskrim, so boleh lah Makan Aiskrim puas puas.
Senang bukan? Kalau ada peti ais besar lagi banyaklah boleh simpan aiskrim ini. Memang puas hatilah!
Jika peti ais tidak muat sebab banyak sangat stok makanan, mungkin ada yang ingin membeli peti ais dengan tawaran istimewa secara online. Klik di sini.
Pressure cooker atau periuk tekanan yang membuatkan mak-mak teruja hendak memasak ini memang sangat membantu. Mana taknya, teknologi yang digunakannya sangat mudah dan membantu ibu-ibu memasak dengan pantas. Cepat..siapa tak nak beli kan?
Akan tetapi nak menggunakannya kena ada cara tertentu. Bimbang jika salah penggunaannya, bahaya mengundang. Inilah yang berlaku pada gadis bernama Siti Salmian yang melecur teruk di muka gara-gara terkena letupan wap panas. Lebih buruk lagi hanya tinggal sebulan sahaja tempoh majlis perkahwinannya bakal berlangsung.
Kecewa dan bimbang usah cakaplah. Walaupun anak sudah besar dan bijak mengendalikan dapur, mak-mak kenalah pantau dari jauh. Lebih-lebih lagi bila melibatkan penggunaan alat elektrik yang kurang mahir menggunakannya.
Melalui laman facebooknya, Siti Salmian tampil berkongsi pengalamannya supaya menjadi pengajaran buat orang lain. Jom kita ikuti perkongsian gadis ini. Boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana.
Berhati-hatilah menggunakan barangan eletrik, bahaya yang tak dijangka boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Semoga bermanfaat !
TRAGEDI 20/3/2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin.
Nampak Mudah Tapi Sangat Bahaya
Nak cerita sikit apa yang terjadi sebenarnya. Okay , actually tetibe haritu tekak ni teringin sangat nak makan sup tulang . Kebetulan pergi TF supermarket ternampak la tulang-tulang tu, so memang terus grab.
Balik rumah macam biasalah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak ni. Cakap dekat mak “mak adik nak mkn sup tulang” mak pon balas nak kawin kan, kena la belajar masak sup tulang.
Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk ‘pressure cooker tu. Memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup, kita ni intai intai je kat dapur.
Nampak tak betapa rajinnya haritu pergila dapur masak semua. Kita pun rebus la tulang tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bongok sangat diri ni kita pun kunci periuk tu.
Dan tetibe tak tahu camna mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu usik la pemegangnya. Entah macamana sekali meletup habis kena satu muka, badan bagai. Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak google cara guna macamana. Dan nasib pejam mata masa tu. Kalau tak pejam mugkin mata pun kena sekali.
Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnya muka tangan badan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pun sebab kakak kita ni nurse. Dia la yang suruh letak tempat kena air panas tu dekat air yang mengalir. Sebab taknak ada gelembung gelembung. Yela muka kan, sebulan lagi nak kawin, siapa tak frust kan????
Mak lagi lah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kita boleh elak. Ni semua dugaan . Tanda Allah sayangkan kita.
Masa kena tu terus terbayang macamana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kena air panas sikit je, dah macam apa je rupa. Allahuakbar. And nasib la doktor kata dekat part muka kene gred 1 dan 5% burn.
Ni 1st day masa kena admit ward . Terpaksa jadi mumia kejap sebab muka still rasa panas lagi.
Okay actually , sis nak pesan pada semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke. Please ambil iktibar apa yang jadi pada sis ni. Sis nak pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Better korang google youtube cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh google hujung jari je kan?
Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak google. Yasssss memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker . Tapi sebaik baiknya google ke youtube la dulu sebelum guna. Kalau dah kena macam diri saya ni nak menyesal pun tak guna.
BIAR LAMBAT EMPUK ASALKAN SELAMAT
Yasss ! Orag boleh gelak je bila tengok kita kena camni. Tak semua orang boleh postive. Alhamdulillah sis dikelilingi kawan kawan yang positif especially family debgan incik tunang yang always support jangan give up, jangan down. Ambil iktibar tau korang!
Bagi anda yang biasa makan di luar bersama keluarga, mungkin menu ini antara yang menjadi pilihan ketika membuat pesanan.
Selain hidangannya yang ringkas, menu Telur Bungkus ini sangat membuka selera. Tetapi ada tak ibu-ibu yang cuba membuatnya sendiri di rumah tetapi tidak berjaya.
Nah, admin sertakan resipi dan cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Puan Azrina Ien. Inilah lauk kegemaran suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.
Moga bermanfaat untuk semua. Tak payah nak order di kedai lepas ni ye.
Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
Ayam – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
Bawang besar – cincang
3 batang cilipadi
Carrot – potong dadu
Tomato – potong dadu
Bunga kobis – potong dadu
Kacang panjang
Cendawan shitake
Sos tiram
Sos tomato
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing.
Cara Buat Inti Telur Bungkus
1. Tumis
Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan Ayam & Sos
Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.
3. Masukkan Semua Sayuran & Cili
Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.
Cara Bungkus Dengan Telur
MUDAHNYA!
Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Part bungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa. Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa suka menonton drama Korea mesti tahu Tteokbokki itu apa bukan? Ia ialah makanan yang sangat popular yang dibuat daripada kek beras yang lembut. Mempunyai rasa yang digemari ramai dan kuahnya berwarna merah menyala. Pun begitu, jika Tteokbokki diberi tambahan ramen, menu ini pula dipanggil Rabokki.
Bahan-bahan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ini dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di media sosial dan mendapat perhatian warganet untuk mencuba menyediakannya sendiri untuk dijamu kepada seisi keluarga.
Rabokki (Tteokbokki + Ramen)
Snek minum petang, masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entahnya bila
Bahan yang diperlukan adalah
1. Kek Beras Korea atau Tteokbokki
2. Pes cili gochujang
3. Kepingan halus cili gochugaru (chili flakes)
4. Kiub pati ikan bilis
5. Kicap cair
6. Gula/madu
7. Mi segera, telur rebus dan kepingan rumpai laut.
Cara Masak :
1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea (resepi saya nyatakan di bawah)
4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
Campuran pes cili
2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
1 sudu makan serbuk Gochugaru
(Kepingan halus cili kering Korea)
1 sudu besar gula putih atau madu
3 sudu besar kicap cair
Kacau sebati.
Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera satu pek. Tambahkan sosej
Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.