Dah menjadi kebiasaan orang kita pagi atau petang mesti akan ada hidangan ringan untuk dimakan seisi keluarga seperti kuih muih, kek dan sebagainya. Bukan sahaja buat sendiri bagi yang rajin, malah makanan ringan seperti ini mudah didapati di luar sana cuma hanya perlu rajin mencari sahaja.
Terutamanya sejenis kuih ini yang agak menjadi trend dan viral masa kini iaitu donut salut susu. Selalunya umum tahu kuih donut akan disaluti dengan gula kan? Bagi yang pertama kali melihat donut susu ini pastinya akan rasa kuih ini ‘rare’, tetapi tidak bagi yang pernah makan sebelumnya.
Jadi yang mana baru pertama kali nak rasa donut viral ini tetapi di sekitar rumah anda tiada yang menjualnya? Haaaa jom rajinkan diri ke dapur dan buat sendiri guna resipi dari seorang pengguna facebook, Puan Noor Shafiqah Ghazali ini! Ramai yang cuba menjadi tau. Jom sama-sama cuba!
RESIPI DONUT SUSU VIRAL
Baru buat kelmarin dulu, hari ni terasa nak makan pula donut susu ni. Bukan setakat anak-anak je yang suka makan, mak ayah pun berketul-ketul makan.
Cara penyediaan untuk donut:
– Mauripan 1 pack (Bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
Ads
– Tepung gandum dekat 1kg
– Telur 1 biji
– Marjerin dalam 2 sudu makan
– Susu pekat agak-agak sahaja
– Susu tepung dalam 2 sudu lebih macam tu
Ads
– Garam sikit
* Yis dah kembang campur semua dan uli-uli dalam sejam.
* Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.
Masakan negeri Kelantan sering menjadi perhatian ramai, Malah ada yang sanggup cuti-cuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini semata-mata untuk menikmari pelbagai aneka makanan di sini.
Salah satu makanan yang wajib cari apabila sampai di negeri Kelantan adalah nasi berlauk ayam kerutuk. Rasanya rempahnya memang padu maklumlah rempahnya ‘ori’ dari negeri ini.
Namun bagi yang tidak berpeluang lagi ke negeri Kelantan, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh anak jati Kelantan ini yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya, Afy AL Habibi
Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah.
Dulu, cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap. Orang Kelantan memang tersohor dengan gulai ni. Tak tipu ye. Rasa gulai ni boleh buat berhantu. Lepas makan teringat-ingat. Hasil cuba banyak kali, akhirnya cikgu dah berjaya masak kerutuk yang sama sedap dengan kedai makan kat atas Pasar Siti.
Mula dari situ masak kerutuk sudah sebati dalam diri cikgu. Paling mengancam buat masak kerutuk daging atau itik. Fuhh cubalah. Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi. Nak cicah kuah dengan roti pun ngam.
Jadi cikgu taknak simpan rahsia ni sorang-sorang. Nak hasilkan gulai kerutuk menawan hati semua orang bukan terletak pada air tangan juga. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk yang terlajak mabeless ni. Sila baca tujuh rahsia yang cikgu sudah pecahkan pada setiap gambar.
Nah cikgu sertakan resepi gulai kerutuk sekali.
RESIPI GULAI KERUTUK DAGING CIKGU AFY
Pes bahan kisar. Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.
-3 biji bawang merah saiz bola pingpong
-1 ulas bawang putih
– 2 hiris bulat serai
-sehiris nipis halia
-sehiris nipis lengkuas
-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
Kisar semua bahan di atas hingga lumat.
Cara-cara:
Masukkan pula 1 sudu kecil cili kisar.
3.Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.
7 RAHSIA GULAI KERUTUK SEDAP
1. Pilihan jenis rempah.
Masukkan serbuk rempah selepas bawang betul-betul garing. Pilihan rempah cikgu guna semestinya dari Kelantan. Rempah yang dibeli dalam bentuk timbang.
Kenapa bukan jenama lain? Baik dari segi rupa yang sedikit gelap, rasa gulai yang terhasil juga sungguh sedap.
2. Gaya menumis.
Sesetengah orang suka mencampurkan serbuk rempah dengan air sebelum ditumis. Gaya cikgu lain.
Cikgu masukkan beberapa sudu rempah kerutuk terus ke dalam periuk. Silap cara rasa gulai boleh menjadi hangit.
Untuk mengelakkannya, sila gunakan api paling perlahan dan selalu kacau. Tunggu sehingga terbit sekali minyak.
3. Elak gulai cepat basi.
Pastikan pes yang terhasil masak garing dan betul-betul pecah minyak. Rujuk gambar.
Untuk buat stok, pes disejukkan dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang tertutup. Simpan bahagian frozen.
4. Gunakan ‘nise’ untuk perasa manis asli.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya nak dapatkan ‘nise’ tersebut. Terdapat di Kelantan. Tempat lain mungkin terkenal dengan gula melaka atau gula kabong.
Memandangkan gulai ini asli dari Kelantan, cikgu wajib gunakan nise sebagai penyedap rasa tambahan.
5. Kepingan daging yang elok dan empuk.
Cara daging dihiris juga perlu diambil kira.
Daging dihiris melebar dan sedikit tebal supaya selepas mengecut, rupa daging masih cantik.
Tips daging empuk;
– masukkan beberapa biji kurma. Ambil bijinya sahaja.
– reneh dalam api perlahan.
– tambahkan air jika perlu.
6. Tambahan kerisik.
Masukkan sedikit kerisik sebagai melengkapkan rasa gulai menjadi sedap dan lain dari yang lain.
7. Masak waktu malam.
Untuk rasa gulai yang sebati, masak gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan gulai pada keesokannya. Hasilnya sangat memuaskan.
Gulai akan pekat dan berubah menjadi agak gelap dengan rasa yang sedap.
Siapa pernah makan ketupat sotong? Rupanya masih ramai yang tak tahu dan tak pernah cuba ketupat sotong. Tambahan pula orang yang bukan dari semenanjung.
Ketupat sotong ini adalah makanan dari negeri Pantai Timur. Tak pelik lah kalau orang dari negeri Pantai Timur sudah biasa makan ketupat sotong ini.
Tapi ada beza tau ketupat sotong Kelantan dan Terengganu. Versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis sebab guna nisan kerek / gula melaka. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.
Terpulang pada masing-masing lah nak cuba yang mana. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh MyResepi.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.