“Memang Nostalgia, Rindunya Zaman Dulu.” Kedai Legend Pintu Papan & Duit Dalam Tin Besi Ikat Tali Buat Ramai Rindu Kampung!

Share

Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an hingga 90-an, memori kedai runcit pintu papan dan bekas duit guna tin dengan sistem pemberat, antara nostalgia yang menggamit kenangan lama

Sukar untuk dicari pada masa kini, tetapi jika anda melalui Jalan Lama, Sabak Bernam Selangor menuju ke Perak, ada satu kedai kayu yang menjual barangan runcit masih wujud sehingga kini.

Struktur bangunan masih utuh dan duit jualan pun masih disimpan dalam tin. Entah berapa generasi pemilik premis itu ya? Pastinya, anda yang melihat bangunan ini terus teringat kampung halaman.

Inilah yang dikongsikan oleh @iamnazirul dalam akaun TikToknya. Video yang dimuat naik pemuda ini membuatkan ramai mengimbau nostalgia.

Bukan setakat teruja, rata-rata warganet yang mengikuti video pendek tersebut masih teringat bau kayu kedai lama tersebut. Paling tak boleh lupa, deretan biskut tin kira timbang. Sekarang pun masih ada peniaga jual, namun cara modenlah.

Menonton video yang dikongsikan pemuda tersebut membuatkan ramai rindu untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman masing-masing.

Kalau sebelum ini pasti ramai yang tidak ambil kisah, namun kesan pandemik Covid-19 dan lama tidak pulang ke kampung membuatkan semuanya terkenang-kenang.

@iamnazirulReply to @melloburger orang 70-90an mesti kenal benda ni #fyp #nostalgia♬ Rintahan Rasa – Uji Rashid

Sumber: Tiktokiamnazirul


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN