“Memang Terkilan Tapi Kami Reda. Takkan Lupa Doa Untuk Atok Hari-Hari.” Nenek Elfira Loy meninggal dunia Akibat Covid-19!

Share

Kehilangan insan tersayang cukup perit untuk diterima, namun, pelakon Elfira Loy reda dan akur dengan ketentuan ilahi.

Elfira berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis yang lalu.

Menurut elfira, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.

Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.

“Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.

“Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay… Nenek tak alami sebarang simptom teruk.

“Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.

“Ada berbelas orang disahkan positif… ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu. Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.

Dalam perkongsiannya yang terbaru, Elfira memuat naik sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.

“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.

“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.

Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).

“Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.

“Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sumber: elfiraloy & ahmadezzrinloy

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN