Mempunyai Senyuman Yang Hampir Sama, Warganet Teruja Melihat Anak Sulung Ziana Sudah Besar

Share

Kehidupan penyanyi popular tanah air, Ziana Zain seringkali menjadi perhatian warga internet. Sekalipun usianya sudahpun melepasi 50-an, namun raut wajahnya tetap maintain dan tidak begitu dimamah usia. Bahagia bersama empat orang anak – anaknya, Ziana jarang berkongsikan gambar anak-anak kesayangannya itu.

Menerusi akaun Instagram Ziana Zain, dia ada berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan Ziana menghadiri satu majlis iaitu Malaysia Best Business Award 2023. Ditemani anak lelaki sulungnya Muhammad Aiman, penampilan Aiman menjadi tumpuan.

Ziana tampil cantik dengan busana hijau manakala Aiman pula segak dan kemas dengan sut lengkap. Sudah jadi anak bujang dan Aiman memiliki ketinggian yang lebih daripada mamanya itu. Wajah Aiman dikatakan seiras dengan Ziana oleh netizen.

Apa yang lebih ketara persamaan antara anak dan ibu ini adalah ketika Aiman mengukir senyuman. Memang sama sungguh wajahnya, manis sangat orangnya ini. Untung Ziana apabila anak sudah besar, boleh jadi bodyguard dan peneman setia.

Lebih 14 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Ziana ini.  Rata – rata netizen komen puji denan tumbesaran Aiman dan mengharapkan Aiman boleh melindungi ibunya.

Sumber: Instagram Ziana Zain

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN