Mengopi Di Rumah Terasa Puas Hati Dengan Kopi Latte Buatan Sendiri Ni!

Share

Sesiapa yang suka minum kopi di kedai-kedai makan tentu akan terasa teruja bilamana kopi yang enak boleh juga dibancuh sendiri di rumah.

Jadi tidak risau lagi, bila-bila masa terasa teringin boleh sahaja dinikmati dengan mudah.

Menurut Madihah Hamid air Kopi latte ala kampung yang dikongsikannya itu telah menjadi ‘ketagihan’ buat mereka seisi keluarga.

Jadi nak tahu teknik dan resipinya, ini perkongsiannya.

Resepi kopi ketagih :

1- Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
2- Susu kotak atau susu segar apa-apa jenama
(Paling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)
3- gula melaka
4- air

Serbuk kopi 2 sudu, gula 3 sudu (gula melaka, gula kabung, gula apung, gula merah), air 400ml, susu 600ml.

Cara – caranya:
1. Masakan kopi sehingga berbuih (gelegak),
Biarkan dalam seminit ( dalam keadaan gelegak).

2. Tutup api.

3. Tuang dalam jug, masukkan gula.

4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api.

5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, tuang kan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti.

Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi..

Bila nak minum, hanya panaskan sebentar..

Selamat mencuba

Sumber : Madihah Hamid 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak dapatkan serbuk kopi dengan promosi menarik, klik di sini

IKLAN