Sudah tentunya hubungan suami isteri ini seperti satu hubungan yang saling melengkapi. Malah akan mendapat manfaat apabila suami isteri bahagia dan gembira dalam rumah.
Pastinya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang.
Namun, kadang kala, ada segelintir sikap suami membuatkan isteri berasa kecewa dan ‘penat’ dengan sikap tidak membantu mengguruskan rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Namun, jika dilakukan bersama, ia pastinya membahagiakan pasangan.
INI SEBAB ISTERI RASA PENAT
Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, memasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih.Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami.Letih, penat, tension atas alasan buat semua sebab wajib taat suami. Pernah saya melihat seorang makcik yg kaya raya,suaminya memang sediakan semua untuknya dan dia tak perlu bekerja.Saya tengok dia iron baju, tiba-tiba dia kata pada saya, “Makcik ni dah macam hamba dalam rumah ni. Suami balik sekali sekala, sibuk dengan kerja tak habis2…”
JANGAN IKUT RUMAHTANGAGA ORANG LAIN
Kerana itu bila bercakap tentang soal tanggungjawab isteri & tanggungjawab seorang ibu, kita kena faham sebelum bercakap. Kita kena belajar sebelum melalui. Bukan ikut-ikut rumahtangga orang lain. Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. Bukan ikut budaya Melayu. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat bnyk sgt kerja, suami tolong sikit2…Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali…Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis.
Ads
JANGAN IKUT BUDAYA MELAYU TAPI IKUT CARA NABI AJAR
Wajib bagi wanita bercantik-cantik untuk suami, menyayanginya sepenuh hati, berlemah lembut padanya,tidak meninggikan suara,setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,berkata baik padanya dan sentiasa syukur & bermanis muka. Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami,susah nak senyum dgn suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.
Jangan ikut budaya Melayu. Ikut apa yg Nabi ajar.
Ads
Saya berforum dengan penceramah & pakar kaunseling rumahtangga terkenal, orang datang padanya untuk cari jodoh, org datang padanya juga untuk bercerai.Namanya TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Lebih kurang seusia beliau. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya… Katanya,” Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik,sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, saya lah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri sy kata, abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok…kita sama2 kerja…saya nak bagitahu dalam rumahtangga, suami kena rajin.Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini.Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku..”
SUAMI KENA RAJIN BARU ISTERI TAK PENAT
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, Tanyalah Ustaz TV9 katanya..suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami, Habis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2,picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala, Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami. Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri.Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat.Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga.Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt”
Ads
MEMETIK ARTIKEL USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD: “Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga. Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”
Rumahtangga masing-masing, masing-masing uruskan, Jangan kita menjadi orang yang memecah belahkan rumahtangga orang lain kerana orang yang memutuskan silaturahim tidak akan cium bau syurga kata Nabi. Jangan kita memandai-mandai menilai mengikut mata kasar kita sedangkan kita tidak belajar dan tidak ada ilmu. Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Fatimah sampai kasar tgnnya mengisar gandum, kerana Saidina Ali bekerja di luar rumah. Maka Fatimah menjaga di dalam rumah.Namun Saidina Ali yg bekerja luar rumah juga turut mengadu sakit dadanya yg amat sgt, kerana dialah tukang angkut air untuk keperluan keluarganya dan dialah juga yg turut sama membuat kerja2 rumah kerana dia tahu itu kerjanya, Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri, Adilnya Islam Sama-sama bantu membantu. Sama-sama memuliakan antara satu sama lain.
Meruntun jiwa melihat kasih sayang seorang kanak kepada adik-adiknya. Tidak pernah berkira untuk menguruskan adik ketika ketiadaan bapa keluar mencari rezeki, kanak-kanak ini mendapat perhatian warganet.
Perkongsian kisah hidup anak ini tular setelah seorang aktivis masyarakat, @salwanaidin di akaun TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan kasih sayang adik beradik ini di Sabah. Beliau yang datang menziarahi keluarga berkenaan untuk mengagihkan bantuan pek daging korban tersentuh hati melihat situasi itu.
Melihat keadaan rumah serba sederhana, kanak-kanak perempuan ini tidak kekok melayani adik-adiknya. Melihat dia memasak daging dan menyuapkan ke mulut adik-adiknya begitu bersahaja. Siapa sangka pada usia sebegini telah mampu berdikari.
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.
Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban.
Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 26 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.
Masih ingatkan kita dengan kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah yang pernah mencuri tumpuan iaitu kejadian di mana seorang pelajar perempuan menemui ajal akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di SMK Tuanku Abd Rahman, Gemas pada Februari 2018.
Begitu juga dengan insiden malang yang menimpa Allahyarham Cikgu Rosli Abdul Aziz, 54 dari SK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan pada 14 Julai 2020.
Beliau dipercayai tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter ketika sedang melakukan pemeriksaan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah sebagai persediaan pembukaan semula sekolah selepas ditutup 4 bulan ekoran penularan COVID-19.
Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pelajar mahupun guru-guru ini amat kita kesali. Bahkan kita sebagai ibu bapa, turut terkesan merasakan kebimbagan terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah.
Sejujurnya ianya tidak wajar berlaku serta mampu dielakkan jika faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dititik beratkan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya.
Pun begitu malang tidak berbau, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita insiden seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama yang memberi kesan patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah.
Ini sebagai mana memetik berita di Sinar Harian, dan difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.
Beri Kesan Trauma Kepada Pelajar
Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.
“Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain.
“Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen,” jelasnya.
Kakitangan awam itu berkata, anaknya telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ibu Luah Kecewa
Dia dan isteri agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.
“Kes sebegini sepatutnya boleh dikira kecemasan tetapi pihak pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.
“Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” jelasnya.
Peralatan Dan Kemudahan Sekolah Uzur
Mohd yang melihat sendiri keadaan bilik darjah itu mendapati, kipas terbabit telah pun uzur, berkarat dan sepatutnya tidak selamat untuk digunakan.
Katanya, penggunaan peralatan dan kemudahan yang uzur seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan isu keselamatan murid dan guru.
“Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat Mohd berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kulit telur selalu dipandang sepi oleh kita tanpa terjangka rupanya begitu banyak kegunaan yang dimilikinya.
Tahu tak sebenarnya kulit telur ayam rupa-rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Selain digunakan untuk dijadikan bahan hiasan, ia juga bermanfaat untuk menghalau makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut di dalam mahupun di luar rumah.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi.
Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan
yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu sedih anak cacat kekal, mangsa kebakaran ketika bermain dengan rakan. Seorang ibu meluahkan kesedihannya di media sosial apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat insiden kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan rakan sendiri.